Dedikasi 25 tahun Sheila kepada peminat

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sudah 25 tahun Sheila Majid dalam persada seni tanahair.
Sudah 25 tahun Sheila Majid dalam persada seni tanahair.

DEMI peminat tercinta Datuk Sheila Majid tidak berputus harapan untuk terus berusaha keras mencari penaja bagi mereali-sasikan konsert terbesar yang dirancang pada 27 November ini.

Mengakui kesukaran tersebut Ratu Jazz yang telah bertemu dan membentangkan kertas kerja kepada beberapa syarikat bagi mendapatkan penajaan, namun sehingga kini masih belum menerima khabar gembira daripada mereka.

Tidak mengenal erti putus asa tetap berfikiran positif dan berusaha selagi masih ada waktu untuk menjayakan impiannya setelah genap 25 tahun bergelar anak seni.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terlalu banyak kekangan termasuk keadaan ekonomi yang tidak stabil dan penganjuran Piala Dunia 2010 yang turut berlangsung pada tahun ini.

“Tarikh untuk konsert finale ialah pada 27 November 2010 iaitu tarikh yang sengaja saya pilih sempena dengan konsert pertama Lagenda di Stadium Negara. Kalau boleh saya mahu konsert itu diadakan di tempat itu juga. Namun saya tidak pasti sama ada ia dapat dilakukan di situ. Buat masa ini saya masih lagi mencari dana dan syarikat gergasi yang sudi untuk menaja konsert itu.

“Sekarang saya masih dalam peringkat membentangkan kertas kerja kepada beberapa syarikat. Pada masa yang sama juga saya tidak duduk diam tetapi masih terus berusaha dan saya tidak akan berhenti.

“Sekurang-kurangnya, saya mahu mengadakan konsert besar ini sebagai acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-25 ini juga sebagai penghargaan saya kepada peminat,” jelasnya dengan penuh harapan.

Sebagai persediaan awal, Sheila bercadang untuk mengadakan lebih banyak persembahan dan gigs sempena 25 tahun kerjayanya di beberapa negara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Australia.

“Walaupun konsert finale itu masih lagi samar-samar namun untuk tahun 2010 ini saya telah merancang banyak showcase dan gigs di beberapa negara bagi menghiburkan peminat saya.

“Apa yang pasti saya sudah pun mendapat tarikh untuk konsert di Jakarta iaitu pada 23 September nanti, manakala konsert di Singapura pula akan ditetapkan dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Pemilik nama sebenar Shahiela Abdul Majid ini mengakui terlalu berharap untuk mengadakan konsert di tanah airnya. Baginya hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri.

“Siapa yang tidak mahu buat konsert di negeri sendiri, namun sudah rezeki saya untuk mengadakan konsert di negara luar terlebih dahulu sebelum di negara sendiri. Apa pun cepat atau lambat saya akan terus berusaha mencapai impian itu,” ujar beliau ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 kerjaya sebagai anak seni di Pavilion, Kuala Lumpur Rabu lalu.

Set Kotak CD Dedikasi Buat Peminat Sepanjang 25 tahun kerjayanya dalam industri hiburan, Sheila turut mendedikasi set cakera padat kompilasi albumnya dari awal pembabitan hingga single terbarunya berjudul Dengarkanlah kepada peminat-peminatnya.

Warner Music Malaysia berbesar hati melancarkan sebuah Set kotak CD yang mengandungi tujuh albumnya iaitu Dimensi Baru (1985), Emosi (1986), Warna (1988), Lagenda (1990), Ratu (1996), Ku Mohon (1999), Cinta Kita (2004) bersama single Dengarkanlah (2008) dengan harga RM 99 sekotak.

“Set Kotak CD ini merupakan hadiah paling istimewa kepada peminat saya. Koleksi tersebut saya jadikan imbauan sepanjang perjalanan kerjaya dalam industri ini. Namun, ia bukanlah yang terakhir bagi saya. “Sebab itulah, Dengarkanlah saya tujukan kepada semua peminat-peminat saya. Lirik yang saya tulis ada kena mengena dengan peminat saya. Ketika saya menulis lirik ini, saya hanya mengingatkan tentang bulan dan bintang.

“Pada saya bulan dan bintang dekat di antara satu sama lain. Begitu juga saya dan peminat. Ia seperti perlambangan cinta yang cukup universal,” katanya.

Sheila yang baru pulang dari Festival Java Jazz 2010 di Jakarta pada 5 Mac lalu, sesungguhnya masih lagi gah dan mempunyai peminat tersendiri di Indonesia. Apa yang lebih mengharukannya ialah bila penonton juga turut serta menyanyikan setiap lagunya dalam persembahan yang diadakan selama 45 minit itu.

Konsert yang turut dijayakan beberapa artis antarabangsa terkemuka seperti John Legend, Toni Braxton dan Babyface itu disaksikan hampir 7,000 penonton dan merupakan pengalaman pertamanya dan dia tidak menyangka sambutan penonton terhadapnya cukup positif.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan