AF 8: Anum Tersingkir

Diterbitkan: Isnin, 5 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila pelajar yang menunjukkan prestasi agak baik, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19, tersingkir dari program Akademi Fantasia 8 (AF 8) malam ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Pelajar yang berasal dari Tawau, Sabah itu menunjukkan persembahan yang baik pada minggu ketiga ini menerusi lagu Kau Atau Aku.

Boleh dikatakan sepanjang tiga minggu ini, Anum mendapat kritikan positif oleh para pengkritik terutama pengkritik tetap, Adlin Aman Ramlie dan Aznil Nawawi.

Undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tidak menyebelahinya apabila dia mendapat undian terendah iaitu 8.73 peratus.

Kini, tinggal sembilan peserta yang meneruskan perjuangan mereka dalam AF 8 pada minggu keempat ini.

Mereka adalah Siti Adira Suhaimi atau Adira yang menduduki tangga pertama dengan markah 12.68 peratus, Maulana Mohamed atau Maulana (11.36), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir (10.05), Muhammad Alif Kadim atau Alif (10.05), Nadiawati Ainul Basir atau Ain (9.87), Nadia Emilia Roselan atau Nad (9.83), Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan (9.37), Zafarina Jamhari atau Farina (9.12) dan Muhd Shahril Firdaus El atau Daus (8.93).

Penyanyi Juliza Adzlizan turut dijemput selaku pengkritik jemputan semasa konsert mingguan semalam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan