Tuanku Mizan Saksi Konsert Lionel Richie

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin beramah mesra dengan penyanyi terkenal, Lionel Richie pada majlis Petronas Malaysian Grand Prix Gala Dinner di sini, malam tadi. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin beramah mesra dengan penyanyi terkenal, Lionel Richie pada majlis Petronas Malaysian Grand Prix Gala Dinner di sini, malam tadi. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam tadi berangkat menyaksikan konsert penyanyi malar segar antarabangsa Lionel Richie di Malam Gala Petronas Grand Prix di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Keberangkatan Seri Paduka berdua diiringi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Persembahan pemenang anugerah Grammy dan Golden Globe yang berusia 61 tahun itu ternyata memukau kira-kira 3,600 penonton termasuk 500 tetamu kenamaan dengan dendangan 20 lagu seperti Just Go, Coming Home, I Call It Love, Just For You selain Ballerina Girl, You Are My Destiny dan Just To Be Close To You.

Persembahan malam ini merupakan yang kedua bagi pencipta, penulis dan penerbit lagu ini, selepas persembahan serupa di pentas yang sama ketika kejohanan Grand Prix Malaysia 2006.

Kehadirannya di Malaysia ditaja oleh Pelancoangan Malaysia dan Petronas dengan kerjasama Litar Antarabangsa Sepang. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan