Suami Sandra Bullock Berang Dengan Jurugambar - Berita Hiburan | mStar

Suami Sandra Bullock Berang Dengan Jurugambar

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUDAH jatuh, tertimpa tangga. Ungkapan tersebut sesuai untuk menggambarkan apa yang sedang dialami oleh Jesse James, suami aktres Sandra Bullock pada ketika ini. Setelah ditinggal Sandra, Jesse perlu berurusan dengan polis pula.

Seperti dipetik Contact Music, Seorang juru gambar bernama Ulises Rios membuat laporan polis ke atas Jesse James telah merosak keretanya pada 25 Mac lalu.

Ketika itu, Ulises sedang mengambil gambar Jesse di rumahnya di Long Beach, California, Amerika Serikat. Setelah berlaku perkelahian antara mereka, Jesse dikatakan telah menghampiri kereta Ulises dan merosaknya.

Pihak polis telah mengirim surat kepada Jesse. Namun, pemuda yang dikatakan nerlaku curang dengan empat perempuan itu masih belum menyerahkan diri kepada polis.

Jesse memutuskan untuk mendapatkan terapi ketagihan seks di Sierra Tucson. Berapa lama Jesse akan berada di sana bergantung kepada proses penyembuhan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan