Bintang Realiti Lakonan Ditaja?

Diterbitkan: Ahad, 4 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERANGAI artis wanita yang gemar berskandal dan dibela oleh golongan VIP bukan perkara asing dalam industri hiburan kita. Bagai petua tradisi pula, amalan tak bermoral ni secara sedar atau tak, telah diwarisi dari satu generasi pelakon ke generasi yang lain.

Bagi yang tak tahan godaan, nak hidup mewah dengan cara mudah, maka terjebaklah mereka ke 'lembah' ini. Baru-baru ini, sorang teman menyampaikan cerita yang sama juga kepada Ad Lib.

Walaupun tahun berganti, generasi bertukar, kronologi kes macam ni lebih kurang sama je, cuma watak pelakonnya je berubah.

Bila diberitahu je, Ad Lib yang sememangnya 'kepoh' ni terpaku dengar nama artis yang disebut tu adalah pendatang baru yang lahir daripada sebuah program realiti lakonan.

Nak kata aktres ni popular sangat, tak jugak. Maklumlah orang baru, nama pun 'ala-ala' je. Tapi bakat dan wajahnya dah beberapa kali jugak menghiasi kaca TV.

Yang menariknya, si aktres muda jelita ni tak sampai setahun jagung pun dalam industri ni tapi kemewahan yang dimilikinya, hmmm... boleh tahan.

Kata teman Ad Lib tu, karier aktres yang bakal muncul dengan filem sulung terbitan sebuah produksi gergasi ni belum 'meletup' mana pun. Tapi bila tengok kondominium mewah yang didiaminya di kawasan berhampiran The Mall tu, terbeliak jugaklah biji mata dibuatnya.

Kata kawan Ad Lib yang sorang lagi ni pula, penampilan dan gaya aktres ni pun tak kalah. Serba branded dari atas sampai ke bawah. Job lakonan takdelah ‘sekencang’ mana, tapi gaya hidupnya mengalahkan aktres kelas A.

Tak cukup dengan tu, si aktres ni pun boleh tahan hipokrit. Apa taknya, waktu dia berada dalam program realiti tu tahun lepas, uishh, sopan santun dan keayuannya sebijik macam perempuan Melayu terakhir. Tak sentuh 'air kencing setan' tu, tak merokok katanya.

Tup tup, baru-baru ni sorang lagi sumber Ad Lib terserempak dengan aktres tu di kawasan jamu selera di Damansara. Alangkah terkejutnya sumber Ad Lib tu bila ternampak asap rokok berkepul-kepul keluar daripada mulutnya.

Sumber tu kata, dia tak kisah pun aktres tu nak hisap rokok atau nak hisap apa sekalipun. Tapi perlu ke sebelum ni punyalah hipokrit, malah aktres tu pernah mengaku dia tak merokok langsung. Sekarang apa sudah jadi? Baru belajar merokok ke atau memang perokok sejak dulu lagi?

Ad Lib tak berani nak tuduh sama ada dia ni memang dibela atau pun sebaliknya. Cuma beberapa bukti depan mata seakan mengiyakan dakwaan beberapa pihak tu.

Malah, sebelum ni pun Ad Lib pernah dengar ada sorang 'orang kuat' stesen TV popular ni pernah nak cuba masuk 'line' tapi masa tu kononnya si aktres tu menolak dengan alasan dia bukan gadis macam tu.

Betul ke dia memang bukan macam tu atau sekadar nak tunjuk baik masa tu je. Maklumlah orang baru nak masuk industri, takut nanti bila 'kenakalannya' terbongkar, melingkup pulak peluangnya untuk bersinar.

Jawapannya hanya ada pada aktres tu. Betul atau tidak apa juga cerita yang disampaikan kepada Ad Lib ni hanya dia dan Tuhan je yang tahu.

Tapi kalau betul gosip tu, Ad lib harap dia renung-renunglah ke langit dan alam sekelilingnya. Ingat, langit tu tak selalu cerah, kalau sekali guruh dan ribut kilat menyambar, masa tu baru lintang-pukang nak cari tempat berlindung.

Ad Lib: Lebih suka cari duit sendiri kalau nak beli barang idaman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan