Soal Jawab : Mendalami Isu Semasa Berprofil Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, TV3 berjaya menerbitkan sebuah program bual bicara yang membincangkan isu-isu ehwal semasa berprofil tinggi – Soal Jawab.

Bermula dengan siaran episod pertamanya pada 4 Januari 2010 lalu, SOAL JAWAB bersiaran secara langsung dari Studio A, Sri Pentas, setiap hari Isnin jam 10.00malam dan kini telah pun melabuhkan tirai untuk musim pertama pada malam 29 Mac lalu.

Menurut Ahmad Kamaludin Zaba’ai, Pengurus Besar Majalah dan Dokumentari, Primeworks Studios, Soal Jawab membawa sesuatu isu semasa yang menjadi buah mulut orang ramai.

Antara isu panas yang dibincangkan ialah isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi, isu kemalangan jalanraya yang meragut banyak nyawa, isu Keselamatan Negara berikutan kontroversi penggunaan Kalimah Allah.

Datuk Abu Kassim Mohamed menjadi tetamu yang pertama muncul dalam program itu. Sayugia diingatkan, temubual itu dibuat pada hari yang sama di mana Datuk Abu Kassim mengangkat sumpah memikul tanggungawab sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

Kesudian Datuk Abu Kassim hadir sebagai tetamu pertama pada hari pertama beliau menjalankan tugas membuktikan betapa tinggi kepercayaan beliau terhadap program Soal Jawab. Hos pada malam itu ialah Datuk Manja Ismail. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga muncul sebagai tetamu Soal Jawab pada 25 Januari yang dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut ditemubual, perbincangannya memberi tumpuan kepada Sistem Pendidikan Negara.

Satu perkara penting yang harus diingat dalam program ini ialah keupayaan kedua-dua hos untuk membangkitkan isu dan menghidupkan suasana rancangan dengan soalan-soalan yang tajam, relevan dan bermakna.

Datuk Manja Ismail dan Datuk Ahmad A. Talib mempunyai pengalaman yang luas sebagai wartawan dan pengarang, masing-masing 25 tahun dan 35 tahun.

Ini bermakna program ini benar-benar dikendalikan oleh pengamal media yang berkemampuan, sesuai dengan konsepnya yang memaparkan isu semasa.

Personaliti kontroversi, Zulkifli Noordin dan mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin juga tidak ketinggalan dibawa ke Studio A untuk program ini.

Bagi musim baru, pihak penerbit dijangka membawa beberapa perubahan yang akan terus melonjakkan Soal Jawab ke tahap penerimaan yang lebih tinggi dan relevan. Masa berehat ini akan digunakan untuk memantapkan lagi penerbitannya.

Pandangan mahupun kritikan daripada penonton akan dijadikan rujukan dan panduan dalam usaha menjadikan program ini sebagai pilihan penonton untuk menambah ilmu dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu semasa. Soal Jawab diterbitkan oleh Primeworks Studios. Para penonton juga boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui emel soaljawab@tv3.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan