Red Box Rai Media Berkaraoke dan Cabutan Bertuah

Diterbitkan: Sabtu, 3 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rakan media yang memeriahkan Malam Media Red Box di Red Box, IOI Mall, Puchong, baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Rakan media yang memeriahkan Malam Media Red Box di Red Box, IOI Mall, Puchong, baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

SEBAGAI tanda penghargaan Red Box terhadap sokongan orang ramai dan pihak media, pusat karaoke terkemuka itu telah menganjurkan Malam Media bersama semua media cetak dan elektronik serta rakan niaganya di Red Box IOI Mall, Puchong, baru-baru ini.

Seperti tahun sebelumnya, majlis itu dilengkapi dengan penyampaian Anugerah 20 Lagu Karaoke Popular 2009, yang terdiri daripada 10 Lagu Karaoke Melayu Popular dan 10 Lagu Karaoke Inggeris Popular.

Setiap lagu yang tersenarai dalam 20 Lagu Karaoke Popular 2009 ini dibuat berdasarkan pemilihan lagu tertinggi di kalangan para pelanggan Red Box sepanjang 2009.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang berjaya oleh Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo.

Menurut Valerie, "Kami amat berbesar hati kerana berpeluang menganjurkan acara ini sebagai acara tahunan kami sekaligus mengumumkan Anugerah 20 Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular untuk tahun 2009.

"Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri hiburan. Semoga pengiktirafan ini diterima baik oleh industri hiburan tanahair.

"Selain itu, ia turut menampilkan keunikan kami di dalam industri ini berbanding dengan pusat karaoke lain di luar sana."

Selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu itu sendiri, peranan daripada pihak media turut menyumbang kepada jangka hayat sesebuah lagu itu untuk terus bertahan dan mengungguli carta.

Di samping itu, kerjasama yang dijalankan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis banyak membantu populariti Red Box untuk kekal sebagai pilihan utama pelanggan.

Tentatif majlis malam itu dilengkapi dengan sesi berkaraoke di kalangan media, jamuan, permainan dan cabutan bertuah.

Cabutan bertuah yang disediakan oleh Red Box menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah Baucer Tunai berkaraoke, Set Teater Rumah, PSP, iPod dan hadiah utama seperti TV LCD 32" dan Blackberry Smartphone.

Aktiviti penuh meriah yang berlangsung selama enam jam itu berakhir sekitar jam 12 tengah malam.

Berikut adalah kedudukan 10 lagu paling popular di Red Box sepanjang 2009 mengikut kategori:

Carta Karaoke Melayu Popular 2009 SAMPAI SYURGA - FAIZAL TAHIR (Monkey Bone) AKU STACY - STACY (Astro Entertainment) MENJAGA HATI - YOVIE & NUNO (Sony Music) TAK MUNGKIN KERNA SAYANG - ALYAH (Wake The Baby) MATAHARIKU - AGNES MONICA (Tropic Jaya) DUGAANNYA - HUJAN (FMC) KAU AKU - AIZAT (Universal Music & Kasi Gegar Entertainment) P.U.S.P.A - ST12 (SRC) SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG - IMRAN AJMAIN (Alibi Music) KHATIMAH CINTA - 6IXTH SENSE (Universal Music)

Carta Karaoke Inggeris Popular 2009 SINGLE LADIES - BEYONCE (Sony Music) POKER FACE - LADY GAGA (Universal Music) THINKING OF YOU - KATY PERRY (Warner Music) RUN - LEONA LEWIS (Sony Music) THE CLIMB - MILEY CYRUS (Universal Music) CELEBRATION - MADONNA (Warner Music) YOU BELONG WITH ME - TAYLOR SWIFT (Universal Music) NEW DIVIDE - LINKIN PARK (Warner Music) I WILL BE - LEONA LEWIS (Sony Music) LUCKY - JASON MRAZ feat. COLBIE CALLAIT (Warner Music)

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan