Siti Hampir Putus Asa Di Korea

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti ketika majlis pelancaran produknya, SimplySiti di ibu kota baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
Siti ketika majlis pelancaran produknya, SimplySiti di ibu kota baru-baru ini. - Foto oleh AZMAN GHANI

HAMPIR putus asa dibuatnya apabila memikirkan tentang kelulusan produk kecantikannya, SimplySiti semasa Jabatan Agama Islam (Jakim) membuat pemeriksaan di Korea.

Selaku pengasas produk tersebut, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza berkata pengalaman itu membuatkan dirinya tidak senang duduk dan berdebar-debar.

“Korea bukan sebuah negara Islam. Tetapi setelah Jakim membuat pemeriksaan terhadap pekerja, kebersihan dan persekitaran, alhamdulillah saya sangat bersyukur ia mencapai prosedur yang diinginkan,” kata Siti ketika majlis pelancaran produknya baru-baru ini.

Dengan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...', rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.

Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .

Disebabkan mahu menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti, Siti bersama ‘orang kuat’ SimplySiti sanggup terbang berulang-alik ke Korea.

Menurutnya, negara tersebut merupakan antara negara terbaik dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit.

Siti akui dia tidak kisah untuk mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

“Kita menggunakan kaviar atau telur ikan salmon yang sangat mahal untuk menghasilkan SimplySiti New Age.

“Produk itu juga menggunakan bahan utama lain seperti Kolagen Hydrolyzed, Ekstrak Daun Prunella Vulgaris dan Adenosin.

“Sementara SimplySiti C Bright dihasilkan daripada Bunga Opuntia Tuna atau Ekstrak Batang (Napol), Ekstrak Pinus Strobus (Pokok Pain Korea) dan Arbutin. SimplySiti Acne Solution pula menggunakan Enzim Papain, Pokok The dan Ekstrak Kulit Willow,” jelasnya lagi mengenai kandungan antara produk-produk itu.

Dengan mengaplikasikan nama-nama lagu popularnya, Siti memilih untuk menamakan gincu dan pembayang matanya dengan nama lagu Janji Kasih, Wajah kekasih, Aku Cinta Padamu dan Cinta Ini.

Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.

Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.

Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.

Selain itu, Siti akan memasarkan produknya di Indonesia, Singapura, Brunei dan negara Timur Tengah.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan