Nia Ramadhani Sah Bergelar Isteri Ardi Bakrie

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani selamat dinikahkan dengan anak lelaki orang terkaya di Indonesia, Ardi Bakrie semalam.

Ardi menerima wang tunai Rp 2.015 dan sepasang alat solat sebagai mas kahwin. Nia menyebut nilai mas kahwin yang diterimanya ketika memberikan ucapan terima kasih kepada kedua orang tuanya.

“Terima kasih kerana membesarkan saya. Saya minta izin untuk bernikah dengan lelaki yang saya cintai iaitu Ardi dengan mas kahwin berupa wang tunai Rp 2.015 dan sepasang alat solat,” kata Nia, sebelum akad nikah berlangsung di Grand Ball room Hotel Mulia, Senayan, Jakarta, semalam.

Selepas itu, Ayah Nia, Priya Ramadhani memberikan restu kepada puterinya sambil berkata: “Saya mengizinkan Nia bernikah dengan Ardi, dengan mas kahwin wang tunai Rp 2.015 dan sepasang alat solat.”

Selepas itu, proses akad nikah dimulakan. Ardi melafazkan ijab kabulnya dengan lancar dan jelas. Seluruh hadirin pun tersenyum puas.

Upacara tersebut dilanjutkan dengan bacaan doa oleh Didin Hafidhuddin setelah pasangan itu sah bergelar suami isteri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan