Fasha Semakin Selektif, Enggan Digelar Pelakon ‘Kayu’

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fasha ketika ditemubual dalam sidang media drama Spa Qistina di Hotel Maya, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Fasha ketika ditemubual dalam sidang media drama Spa Qistina di Hotel Maya, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

TIADA yang penting bagi diri aktres Fasha Sandha melainkan memilih drama atau filem lakonannya selepas lima tahun menceburkan diri dalam industri seni ini.

Jika sebelum ini, pelakon terkenal berusia 26 tahun itu mengaku dia sering menerima tawaran berlakon kerana wang semata-mata.

Tetapi kali ini dia semakin matang dan perlu berubah bagi mengelak dicop sebagai pelakon ‘kayu’ lagi.

Justeru, Fasha berusaha untuk meningkatkan mutu lakonannya dengan menonton banyak DVD filem.

“Saya berazam untuk menjadi Fasha yang baru pada tahun 2010 ini. Saya dah lupakan kontroversi lama dan mahu meningkatkan prestasi kerja saya.

“Saya juga lebih gemar menghabiskan masa rehat dengan keluarga berbanding meluangkan masa untuk berparti sosial.

“Sekarang, saya rasa sudah betul-betul lulus untuk bergelar seorang pelakon,” katanya yang mementingkan disiplin diri yang tinggi.

Kini, bukan wang lagi yang dikejar sebaliknya pelakon filem Anak Halal dan Cinta itu mengidamkan kualiti dalam lakonannya.

“Tahun-tahun sebelum ini, saya anggap sebagai proses pembelajaran kerana dulu saya tidak study karakter seperti lakonan dalam filem Anak Halal dan Berlari Ke Langit.

“Saya berlakon pada usia muda seawal 20 tahun menerusi teater Tun Fatimah. Saya rasa lakonan masa mula-mula dulu seperti ‘kayu’ terutama menerusi filem Black Maria.

“Kontroversi juga telah mewarnai hidup saya sepanjang lima tahun ini. Kini, usia saya pun sudah mencecah 26 tahun, jadi saya mahu lebih berfikiran positif. Bagi saya, inilah harga yang saya perlu bayar apabila bergelar seorang artis,” ujar Fasha.

Apabila menerima sesebuah tawaran itu, Fasha akan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menggapai impiannya dan terus maju dalam industri lakonan ini.

“Saya tidak akan mengambil banyak tawaran lakonan kerana bimbang sekiranya tidak dapat memberikan komitmen 100 peratus.

“Saya sentiasa merancang jadual lakonan yang lebih teratur. Misalnya, sekarang saya sedang berlakon drama Atilia. Jadi selepas selesai penggambaran drama ini, saya akan berlakon drama Cuci Cuci The Series,” tambah pelakon drama Natasha itu lagi.

Jika sudah selektif, pasti bayaran yang diletakkan juga lebih tinggi. Pelakon drama bersiri Spa Qistina itu sendiri mengaku dirinya menetapkan kadar bayaran tertentu.

“Saya ada rate bayaran sendiri dan tidak kisah kalau orang kata saya demand kerana saya akan meminta bayaran mengikut komitmen yang diberikan berbaloi dengan keinginan saya,” jelasnya yang berasal dari Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan