Din Beramboi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 2 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan di sini hari ini.

Jenazah yang dibawa pulang malam tadi di solatkan pada pukul 10.15 pagi di Masjid Al-Faizin, Taman Ehsan. Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Menurut adik ipar, Sharifuddin Che Man, 43, Din mula kritikal pada pukul 11.30 malam setelah diberi CPR pertama sehingga CPR terakhir pada pukul 12.15 malam tadi.

"Keadaan Din tidak stabil sejak hari dimasukkan ke hospital pada malam Isnin lalu, ada masa dia stabil dan boleh terima pemindahan darah ada masanya tidak. Sehinggalah doktor memberitahu Din tidak dapat diselamatkan.

"Semua yang berlaku begitu pantas, sehingga kini saya masih lagi terkejut dan tidak mampu untuk menerimanya tetapi kami redha. Saya dapat rasakan arwah masih berada disekeliling kita," ujarnya dengan nada sedih.

Menurut Sharifudin, arwah disahkan meninggal kerana mengidap Dengue Shock Syndrome yang menyebabkan organ dalaman terhenti.

"Ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) doktor telah mendapati tanda-tanda denggi dan keesokkanya arwah disahkan Dengue Shock Syndome dan beberapa organ dalamannya tidak berfungsi.

"Disebabkan itu dia diberi ubat untuk direhatkan kerana buah pinggangnya gagal berfungsi. Keadaan arwah pada mulanya nampak stabil tetapi selepas hari selasa keadaannya mula merosot teruk," jelasnya.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan