'Spa Qistina' Drama Bersiri Pertama Di Astro Box Office

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan pelakon drama bersiri Spa Qistina ketika majlis pelancaran di ibu kota awal minggu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Antara barisan pelakon drama bersiri Spa Qistina ketika majlis pelancaran di ibu kota awal minggu lalu. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

BUAT julung-julung kalinya, Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (ABO) yang terkenal dengan penayangan filem-filem terbaik dan muzik tempatan paling hebat dengan bangganya mempersembahkan drama bersiri terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd, Spa Qistina mulai 5 April ini, Isnin, pukul 9 malam.

Istimewanya, drama bersiri 13 episod yang boleh ditonton secara eksklusif di saluran 953 ini ialah ia akan bersiaran secara kompak tanpa iklan, satu sejarah dalam siaran televisyen Malaysia.

Para penonton tidak perlu lagi menunggu selama berbulan-bulan untuk mengetahui kesudahan drama bersiri. Ini kerana struktur penjadualannya telah disusun secara fleksibel dan kesemua 13 episod boleh ditonton dalam sebulan.

Pada 5 April ini, dua episod drama itu akan ditayangkan serentak selama 90 minit. Penonton diberi pilihan untuk menonton drama bersiri itu pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 9 malam atau boleh menonton siaran ulangan pada keesokan hari pada pukul 2 petang.

Bukan itu sahaja, penonton juga diberi pilihan untuk menonton drama bersiri itu secara maraton pada Sabtu dari pukul 2 hingga 7 petang tanpa henti untuk episod 1 hingga 6 atau menonton keseluruhan 13 episod secara maraton pada setiap Ahad (18 April) mulai pukul 9 pagi hingga 7 petang.

“Spa Qistina merupakan percubaan pertama kami untuk disiarkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat kerana drama bersiri itu bersifat popular, menampilkan bintang-bintang besar dalam industri seni dan mempunyai elemen menarik seperti skandal dan seksi.

“Selepas ini, kita akan fikirkan genre lain untuk drama-drama seterusnya. Kita mahu mewarnai ABO dengan tayangan beberapa drama bersiri kerana sebelum ini orang lebih mengenali saluran itu sebagai sebuah saluran semua filem ke televisyen.

“Lanskap penyiaran berubah. Jadi penyiaran drama bersiri dalam saluran ini akan menjadi kelaziman pada masa akan datang,” kata Ketua Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ketika sidang media di Hotel Maya, Kuala Lumpur, awal minggu lalu.

Kisah Spa Qistina akan dimulakan dengan perkahwinan Dafi (Fazren Dafi) dan Maya (Tiz Zaqyah), perkahwinan yang berasaskan cinta dan penuh dengan kebahagiaan.

Sementara perkahwinan Qistina (Nanu Baharudin) dan Fahmi (Ijoy) yang telah berusia dua tahun pula telah mula menghadapi tekanan.

Rata-rata masalah mereka adalah disebabkan jurang usia 15 tahun di antara mereka, yang membuatkan mereka sering tidak sehaluan di dalam melayari bahtera perkahwinan.

Manakala Sofira (Jasmin Hamid) yang merengkuk di penjara pula telah menerima kunjungan Frieda (Fasha Sandha), anak didiknya yang langsung tidak disangkanya akan mencarinya di penjara.

Buat pertama kalinya, kumpulan Hujan akan turut membuat penampilan khas dalam drama bersiri ini.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Global Station, Adila Datuk Ramly berkata walaupun ceritanya berlatarkan dunia skandal dan seksi, namun terdapat moral disebaliknya.

“Sebenarnya, drama ini berkisarkan tentang kekeluargaan. Memang Spa Qistina kali ini lebih berani berbanding drama Spa Q sebelum ini dengan menonjolkan watak pelacur kelas atasan bernama Frieda. Jadi, saksikan Spa Qistina…,” ujar Adila.

Spa Qistina boleh ditonton dengan hanya melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952 & 953) sepanjang bulan April ini dengan harga RM9.95 setiap bulan.

Para pelanggan yang melanggan kepada pakej sepanjang April ini juga boleh menonton filem-filem terbaik dan muzik tempatan paling hebat seperti My Spy, Paa, Tum Mile, Blood, Detention, London Dreams, Dance Subaru dan Rockumentary Konsert Mencari Konklusi dari kumpulan Hujan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan