Julio Iglesias, Lionel Richie Di KL

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julio Iglesias
Julio Iglesias

DUA penyanyi lagenda, Julio Iglesias dan Lionel Richie dijangka tiba di Kuala Lumpur petang ini untuk menyertai Grand Prix F1 Malaysia pada hujung minggu ini.

Mereka dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pukul 5 petang ini.

Minggu Grand Prix F1 di KL bakal membara bermula Jumaat ini di Litar Sepang. Bagi memeriahkan lagi majlis penutup siri perlumbaan sukan bermotor terbesar itu di sini, kedua-dua bintang ini bakal membuat persembahan istimewa di majlis Parti Gala Grand Prix itu pada hari Ahad malam.

Selain itu, kunjungan Iglesias ke sini juga adalah bersempena dengan siri jelajah dunia yang merangkumi lima benua termasuk Asia.

Selain Malaysia, Iglesias juga singgah di beberapa buah negara seperti Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Singapura.

Konsert A Starry Night With Julio Iglesias World Tour bakal berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 1 April ini.

Selama empat dekad bergelar anak seni, populariti dan pencapaian Iglesias sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Penjualan 79 buah album dalam 14 bahasa melebihi 200 juta unit cukup membuktikan kredibilitinya sebagai penghibur berkarisma.

Alunan vokal menerusi lagu-lagu seperti To All the Girls I've Loved Before, All of You dan Crazy bukan sahaja popular malah bisa mencairkan hati peminat wanitanya.

Sepertimana Iglesias, nama Lionel Richie juga tidak perlu diperkenalkan lagi. Bapa kepada selebriti Nicole Richie ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah Oscar, Grammy dan Golden Globe, selain rekod jualan album yang mencatat platinum berganda.

Bekas vokalis kumpulan era 70-an The Commodores ini cukup popular dengan pelbagai lagu hits antaranya Hello, All Night Long dan Three Times A Lady.

Menyusul sehari selepas persembahan Iglesias di Plenary Hall, KLCC, Richie pula bakal tampil dengan konsert istimewanya di lokasi yang sama pada 2 April pada pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan