Tiga Wanita Tolong Saya Lakon Babak Intim : Vivek Oberoi - Berita Hiburan | mStar

Tiga Wanita Tolong Saya Lakon Babak Intim : Vivek Oberoi

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Bollywood, Vivek Oberoi telah berjaya melakonkan aksi-aksi berani di dalam filem terbaru yang dibintanginya iaitu, Prince - It's Showtime. Vivek juga turut bergandingan dengan tiga orang pelakon wanita di dalam filem tersebut.

"Saya rasa seperti mimpi kerana dapat bekerjasama dengan tiga orang wanita dalam filem itu. Saya benar-benar dapat pengalaman yang hebat dengan mereka. Tetapi semasa melakonkan adengan intim dengan mereka, saya jadi malu," kata Vivek.

"Kebanyakan aksi dalam filem itu seperti perlawanan kaum Red Indian. Ketika proses penggambaran filem itu, mereka menjaga dan memberi perhatian kepada saya," ujarnya.

Tiga orang pelakon wanita yang bergandingan dengan Vivek Oberoi dalam filem terbaru yang dibintanginya itu ialah Aruna Shields, Nandana Sen dan Niroo Singh. Selain babak aksi, pelakon yang berumur 33 tahun itu turut melakonkan adengan bercium dengan Aruna Shields di dalam filem tersebut.

Filem arahan Kooki Gulati itu mengisahkan seorang pencuri yang masih keliru dengan kesan tembakan dilengannya kerana dia telah hilang ingatan semasa berlakunya kejadian tersebut.

Menurut Vivek, dia terpaksa mengurangkan sebanyak 12 kg berat badannya dan terpaksa mengikuti latihan fizikal untuk melakonkan babak aksi di dalam filem itu.

"Saya sebenarnya gementar semasa melakukan babak aksi kerana tidak pernah melakonkan babak sebegitu dalam filem-filem sebelum ini. Filem ini merupakan filem pertama saya melakonkan babak aksi," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan