Miley Cyrus Tinggalkan Bidang Muzik Untuk Filem

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG pop sensasi Miley Cyrus dikhabarkan ingin berundur diri daripada bidang nyanyian kerana ingin fokus kepada bidang lakonan pula.

Anak gadis kepada penyanyi country Billy Ray Cyrus itu menjelaskan bahawa dia sudah bosan dengan kerjaya nyanyiannya.

Sehingga hari ini, Miley telah menghasilkan tiga buah album, Meet Miley Cyrus, Breakout dan The Time of Our Lives.

Album keempat yang juga terakhirnya berjudul I Can't Be Tamed dijangka berada di pasaran pada bulan Jun ini.

Menurut penyanyi dan pelakon itu lagi, dia berundur daripada bidang nyanyian demi untuk menjadi pelakon Hollywood yang disegani dan berkaliber.

"Saya akan mengeluarkan album terakhir pada bulan Jun ini. Selepas itu saya tidak mahu menyanyi lagi. Itu keputusan yang saya suka dan ingin lakukan," katanya kepada pihak media di acara karpet merah bersempena tayangan perdana filem terbarunya The Last Song, baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan