Azwan Tak Putus Rezeki Sejak Balik Umrah

Diterbitkan: Selasa, 30 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azwan Ali ketika sesi fotografi  dan ditemubual eksklusif dengan majalah Manja di Singapura. - Foto ihsan AZWAN ALI
Azwan Ali ketika sesi fotografi dan ditemubual eksklusif dengan majalah Manja di Singapura. - Foto ihsan AZWAN ALI

SEJAK pulang dari mengerjakan umrah pada 7 September hingga 24 September tahun lalu, pengacara dan pelakon popular Azwan Ali sentiasa murah dengan tawaran kendali majlis.

Azwan akui, tawaran untuk mengendalikan majlis keramaian agak terhad pada tahun lalu. Dengan penuh syukur, dia bersemangat semula untuk mengemudi majlis-majlis seperti itu. Lantas, dengan sokongan ramai pihak, dia tidak akan teragak-agak untuk menerima rezeki untuk menguasai karier itu.

Walaupun ramai yang menyedari wajah Azwan jarang muncul di kaca televisyen, namun tidak semestinya dia sepi tanpa berita.

Ke mana sahaja Azwan pergi, pasti ramai peminat yang menyapa dan mengerumuninya. Minggu lalu, dia baru sahaja pulang daripada menjayakan Ekspo Halal Singapura 2010 di Tanah Merah, Singapura.

Dia diundang untuk menjayakan persembahan pada malam pertama ekspo tersebut. Selain Azwan, dua artis lain yang turut diundang adalah penyanyi, pelakon dan pengarah Yusry KRU (malam kedua) serta pengacara dan pelakon Sheila Rusly (malam ketiga).

Terus-terang katakan, Azwan tidak menyangka orang Singapura akan mengangkat dirinya sebegitu hebat. Dia bukan sahaja diundang mengadakan persembahan, malah poster besar yang memuatkan gambarnya turut digantung di dewan pameran di situ.

“Pihak penganjur Ekspo Halal Singapura 2010 itu melayan saya seperti VVIP dan memperkenalkan saya kepada media-media untuk ditemubual oleh stesen televisyen, stesen radio dan media cetak di sana.

“Sambutan warga Singapura memang di luar dugaan saya. Persembahan pada malam itu gamat dan riuh dengan sorakan penonton yang hadir,” katanya dalam nada ceria.

Ramai yang menyenangi sikap Azwan yang selamba dan menghiburkan itu. Ternyata, dia berjaya menguasai pentas itu selama dua jam bukan sahaja sebagai pengacara majlis malah turut menghiburkan penonton dengan lagu Cari Jodoh dendangan Wali Band.

Rezeki untuk mengacara setiap majlis bagaikan sudah diatur. Satu persatu rezeki yang diterimanya.

Ketika dihubungi semalam, Azwan baru sahaja menerima tawaran untuk mengacara majlis makan malam sempena ulang tahun Sime Darby Lockton pada 23 April ini.

Dia akan menjayakan majlis tersebut bersama penyanyi Fazli Zainal, Farawahida, Awal Ashaari dan Fairuz Hussien.

“Selepas saya pulang dari mengerjakan umrah, ramai yang mahu Azwan Ali beraksi semula di pentas,” katanya yang turut akan mengacara sebuah majlis di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada 6 April ini.

Selain itu, dia yang popular dengan program TV seperti Cit Cat Azwan, Amboi…Amboi…Amboi… dan Cak Cak 2009 itu akan mengendalikan program sempena sambutan hari ibu anjuran majalah Manja di Singapura pada 8 Mei ini.

Program itu akan disertai oleh selebriti Singapura seperti Najib Ali dan Hetty Sarlene.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan