Amber Chia Berkahwin Secara Rahsia; Identiti Suami Masih Misteri

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERITA PANAS! Supermodel Malaysia paling popular Amber Chia telah berkahwin di sebuah tempat peranginan eksotik di pulau Bali minggu lalu tetapi sehingga ke hari ini masih merahsiakan identiti suaminya.

Malah setiap gambar perkahwinan yang dirakamkan oleh jurukamera khas yang diupah oleh pasangan ini dan diedarkan kepada media massa 'menyembunyikan wajah' suaminya itu.

Amber, 28, juga telah menghantar mesej melalui tweeter kepada para sahabat dan juga kenalan medianya bahawa dia telahpun selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman lelaki yang dikenalinya selama satu setengah tahun.

“Terima kasih di atas tanda ingatan dan juga ucapan tahniah yang dikirimkan kepada saya,” kata Amber di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi publisitinya, Orchan Consulting Asia memaklumkan bahawa pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan mereka di Diwangkara Holiday Villa Resort Bali, Indonesia, Khamis lalu dan hanya disaksikan oleh 40 orang tetamu jemputan khas yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

Turut hadir ialah selebriti seperti hos rancangan televisyen Daphne Iking, violinis Dennis Lau dan guru catwalk Benjamin Toong.

Dalam kenyataan itu, Amber tidak menyembunyikan hasratnya untuk mempunyai anak sebelum mencapai usia 30 tahun.

Mengenai tindakan untuk tidak menyiarkan foto suaminya, Amber berkata, dia memohon maaf kerana suaminya adalah seorang yang “sangat-sangat pemalu.”

Bagaimanapun adalah difahamkan suami Amber adalah rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan di Australia dan Hong Kong.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan