Penyanyi Johnny Maestro Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI yang popular dengan lagu Worst That Could Happen, Johnny Maestro meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser dihidapinya ketika berumur 70 tahun.

Penyanyi rock itu telah meninggal dunia di Florida pada Rabu lepas (24 Mac 2010).

John Mastrangelo atau Maestro telah memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan kumpulan The Crest pada tahun 1950an. Kumpulan itu bagaimanapun telah mula terkenal pada tahun 1958 dengan lagu 16 Candles.

Selepas itu dia telah bergerak solo dengan menggunakan nama Johny Maestro dengan melebar bakatnya ke New York dan begiat aktif dengan kumpulan The Del-Satins, The Rhythm Method dan The Brooklyn Bridge.

Ketika bersama kumpulan The Brooklyn Bridge, dia telah berjaya dengan lagu The Worst That Could Happen selain lagu Blessed is the Rain, You'll Never Walk Alone dan Welcome Me Love.

Penyanyi itu telah membuat persembahan akhirnya pada Januari lalu bergandingan dengan ahli kumpulan The Brooklyn Bridge ketika menhadiri parti The Ultimate Doo-Wop.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan