Penyanyi Disingkir Sebab Tak Komited, 'Kekwat' & Berlagak

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MACAM tak percaya je bila Ad Lib dengar cerita terbaru tentang penyanyi dan aktres berbakat besar ni. Kisahnya, selepas pengumuman musim baru teater muzikal popular tu diadakan baru-baru ni, ada sorang sumber Ad Lib bercerita tentang sebab penyingkiran penyanyi ni dalam musim baru teater tu.

Kata sumber Ad Lib, penyanyi tu 'diketepikan' kali ini kerana masalah disiplin. Ha? Masalah disiplin lagi?

Sebelum ni, dah kecoh tentang sorang pelakon lelaki teater muzikal tu disingkirkan gara-gara tak komited pada sesi latihan teater tu tahun lalu.

Rupa-rupanya, tak cukup sorang, penyanyi popular yang bervokal lantang ni pula didakwa turut beri masalah serupa pada produksi tu, musim lalu.

Sebab itulah, dia disingkirkan dan diganti oleh sorang lagi penyanyi popular untuk musim baru ni.

Malah, dakwa sumber Ad Lib tu lagi, tak cukup dengan masalah disiplin dan tak beri komitmen, penyanyi ni juga dikatakan 'kekwat', besar kepala, berlagak dan demand itu dan ini sepanjang terlibat dalam produksi musim lalu.

Betul ke? Terkedu juga Ad Lib dibuatnya bila dengar dakwaan demi dakwaan sebegitu 'keras' tentang penyanyi hebat ni.

Setahu Ad Lib, penyanyi ni tak pernah pula buat masalah. Malah, kawan rapat Ad Lib sendiri pernah berurusan dengan penyanyi ni untuk satu persembahan nyanyian sebelum ni.

Takde pun kawan Ad Lib tu merungut apa-apa tentang penyanyi tu. Sebaliknya, dia puji sikap profesionalisme penyanyi tu yang patut dicontohi terutamanya artis baru.

Tapi, sumber Ad Lib yang sorang ni pula beriya-iya menceritakan keburukan penyanyi ni. Kalau betullah dakwaan sumber Ad Lib tu, mungkin perkara ni boleh jadi iktibar bukan saja kepada penyanyi tu tapi buat semua anak seni di Malaysia.

Andainya TAK betullah 'tohamahan pedas' tu, hmmm... sendiri mau ingatlah orang yang bercakap tu ya?

Ad Lib: Hanya jadi pengantara gosip je

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan