Lady Gaga Seperti Michael Jackson?

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENERBIT Rodney Jerkins membuat perbandingan antara penyanyi pop Lady Gaga dengan Michael Jackson selepas bekerjasama dengan Gaga menerusi lagu terbarunya Telephone.

"Kami tidak pernah lihat artis seperti Lady Gaga yang tidak pernah takut dengan apa yang mahu dilakukannya. Saya teringat Michael Jackson yang sering memberitahu saya dia seperti disalib untuk melakukan adengan ngeri tetapi dia tetap mahu melakukannya. Saya gembira menjadi sebahagian daripada pengalaman hidup penyanyi tersohor itu," kata Jerkins.

"Saya selalu teringat ketika bekerjasama dengan Michael Jackson. Kini saya bekerjasama pula dengan artis wanita, Lady Gaga yang bakal menjadi sejarah dalam dunia penghibur dan boleh dikategorikan sebagai penyanyi wanita terbaik," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan