Jins Shamsuddin Kini Bergelar Doktor

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Pengorbanan dan kesungguhannya menuntut ilmu pada usia 75 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Tan Sri Jins Shamsuddin menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Kejayaan manis itu datang setelah beliau bersusah payah melengkapkan kajian tesis selama dua tahun.

"Saya tidak pernah menganggap semua ini cabaran walaupun terpaksa sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sini, kerana ia akan membuat kita mudah mengalah.

"Sebaliknya saya menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan sehingga selesai," kata Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin, anak kelahiran Taiping, Perak.

"Dengan kejayaan ini juga, saya harap ia dapat memberi galakan kepada semua karyawan seni terutama generasi muda untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat," kata penggiat seni ini selepas menerima ijazahnya daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Cancelor UUM.

Beliau berkata dengan memiliki ilmu serta pengetahuan yang tinggi, karyawan tempatan akan dapat menerbitkan karya seni yang lebih bermutu serta dapat menandingi filem-filem antarabangsa.

Beliau melengkapkan tesis bertajuk "Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara" di mana beliau memilih 50 filem Melayu dari sepanjang tahun berkenaan untuk dijadikan sampel kajiannya.

Antara filem yang dijadikan kajiannya ialah karya-karya arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti Antara Dua Darjat, Hang Tuah, Sejoli serta filem pertama lakonannya di bawah arahan P. Ramlee iaitu Panca Delima.

"Bagi membiayai pengajian saya, saya membelanjakan wang sendiri sebanyak lebih RM30,000. Ketika diiktiraf sebagai Seniman Negara, saya menerima wang sebanyak RM60,000, jadi saya gunakan sebahagian daripada wang hadiah itu untuk membiayai pengajian saya ini," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Jins berkata beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah Pasir Salak dan riwayat hidup P.Ramlee untuk tatapan generasi muda, sekali gus berharap ia dapat ditayangkan di luar negara.

"Selaras dengan prinsip hidup saya iaitu 'Melakukan yang terbaik, Memberi sumbangan kepada bangsa dan negara', saya akan terus menghasilkan filem-filem yang dapat memberi impak berkesan kepada seluruh masyarakat," katanya yang kini bergelar Dr Jins. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan