Saya Lebih Yakin Dengan Berat Badan Sekarang -Juliana Evans

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERNAH mengacarakan rancangan Remaja selama 3 tahun membuatkan nama Juliana Evans telah lama dikenali.

Namun sedang namanya mula meniti di bibir peminat dan pengarah tempatan, Juliana Evans dilihat menyepi buat beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam program televisyen, drama mahupun telefilem, wajah gadis ini tidak semeriah dulu menyerikan kaca TV.

Gadis berusia 20 tahun ini mengakui bahawa dia hanya memberi tumpuan terhadap pelajarannya dan tahun ini merupakan tahun dia kembali aktif.

"Saya sepi tahun lalu sebab ingin beri tumpuan kepada pelajaran, saya ambil banya mata pelajaran jadi terpaksa korbankan kerjaya saya dahulu.

"Tahun ini saya hanya ambil dua matapelajaran sahaja, jadi saya akan kembali aktif semula dalam pengacaraan dan lakonan," ujarnya yang sedang menuntut di Kolej Sunway.

Melihat kepada tubuh badannya yang semakin kurus, Juliana mengakui dia kurang mempunyai masa untuk makan.

"Ramai yang tegur tentang berat badan saya, ada yang kata suruh tambah da yang suruh kekalkan.

"Saya kurus ini bukan disebabkan saya amalkan diet tapi saya tidak ada masa untuk makan dengan banyak.

"Masa saya mengacara remaja dulu saya agak chubby ramai pula yang menyuruh saya kurangkan makan. Saya pun tidak tahu mana yang lebih baik tapi apa yang saya tahu saya lebih yakin dengan berat badan ini," ujar anak kacukan Inggeris dan Melayu ini.

Kerjaya seni Juliana bermula sebagai model komersial, kemudia dia dipilih bergandingan dengan Aidit Marcello mengendalikan rancangan popular Remaja dan melangkah melebarkan sayapnya menjadi pelakon.

“Saya mula aktif sebagai model ketika berumur 11 tahun. Sejak kecil, ibu bapa mendidik saya cara untuk bergaya di depan kamera. Kemudian sedikit-sedikit saya cuba bidang lakonan dan Alhamdulilah diterima.

Kesibukannya mengejar segulung ijazah, Juliana masih sempat membintangi beberapa drama dan filem tempatan berjudul Hoppers dan dia juga bakal mengacarakan rancangan Era TV.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan