Bapa Inul Daratista Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada ratu gerudi Indonesia, Inul Daratista, Abdullah Aman dilaporkan telah pulang ke rahmatullah jam 5 petang tadi di Kota Pasuruan, Jawa Timur.

Berita kematian itu telah dimaklumkan oleh pengurus Inul sendiri, Mona menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) kepada mStar Online sebentar tadi.

Bagaimanapun, menurut pengurusnya, Inul masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung berita duka itu kerana masih dalam kesedihan.

Abdullah Aman dilaporkan terlantar di hospital sejak dua minggu lalu kerana pelbagai penyakit.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan