Suria FM Ke Udara Di Terminal Skypark Subang

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Linda Ngiam (empat dari kiri) selepas pelancaran Suria FM Skypark Tube Radio di Terminal Skypark Subang dekat Petaling Jaya semalam. Foto The Star Oleh SAM THAM
Linda Ngiam (empat dari kiri) selepas pelancaran Suria FM Skypark Tube Radio di Terminal Skypark Subang dekat Petaling Jaya semalam. Foto The Star Oleh SAM THAM

SUBANG JAYA: Dalam usaha mengembangkan lagi sayapnya dalam bidang penyiaran radio, Suria FM membuka platform baru yang dikenali sebagai Suria FM Skypark Tube Radio, yang akan ke udara di sekitar Terminal Skypark Subang.

Suria FM Skypark Tube Radio itu juga telah memulakan operasinya semalam bersempena majlis pelancarannya di lobi terminal itu bermula pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam .

Pelancarannya dihadiri Ketua Pegawai Operasi Star Publication (Malaysia) Berhad, Datin Linda Ngiam; Pengarah Rimakmur Sdn, Nur Jazman Tan Seri Mohamed, Richard Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Penyiaran dan Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah.

Menurut Pegawai Penyiaran Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah berkata kerjasama pihaknya dengan Skypark itu bukan sahaja sekadar menjadi bahan hiburan kepada pengunjung, tetapi adalah untuk memberikan infotainmen dan melibatkan promosi tempat pelancongan di dalam negara.

“Sebanyak 75 peratus akan dimuatkan lagu-lagu berkonsepkan 1Malaysia dan selebihnya kita akan menyelitkan info-info terkini dan juga berita yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

“Pengunjung akan dapat mendengar suara penyampai-penyampai radio Suria FM iaitu Myra dan Akhtar keudara di terminal itu.

“Buat masa ini, pihak kami membuat rakaman terlebih dahulu untuk diputarkan di sekitar Skypark. Tapi Insyallah Suria FM akan mempunyai bilik kontinya sendiri di lapangan terbang itu,” ujarnya selepas majlis pelancaran Suria FM Skypark Tube Radio dan penyampaian hadiah kepada pemenang “Lagu Berduit”.

Selain itu, Yusri turut memberitahu siaran radio yang keudara di lapangan terbang adalah pertama kali dilakukan dalam negara.

“Siaran radio keudara di lapangan terbang seperti ini merupakan perkara baru dalam negara kita.

“Saya berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak Skypark kerana dapat memperluaskan bidang penyiaran radio selain memberikan informasi terkini,” katanya.

Sementara itu, bersempena pelancaran Suria FM Sky Park Tube Radio, turut berlangsung upacara penyampaian hadiah bagi peraduan “Lagu Berduit”. kepada enam pemenang yang bertuah menerima wang tunai sebanyak RM5000.

Penyampaian hadiah berupa cek itu telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Penyiaran, Yusri Abu Samah.

Peraduan “Lagu Berduit” kini berada di minggu terakhir sebelum menutup tirainya pada 26 Mac ini. Wang tunai yang turut ditawarkan pada minggu terakhir ini juga sebanyak RM10, 000.

Aktiviti terbaru siri jelajah dan promosi Suria FM akan diteruskan lagi pada 24 April ini di Mydin Kuala Terengganu dan 25 April di Kuantan Parade. Acara itu akan bermula pada pukul 3 petang yang membariskan beberapa artis popular.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan