Saya Tak Cukup Romeo - Jehan Miskin

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jehan Miskin dicalonkan dalam kategori Artis Mat Romeo anugerah Parti HIP TV. - Foto oleh SAM THAM
Jehan Miskin dicalonkan dalam kategori Artis Mat Romeo anugerah Parti HIP TV. - Foto oleh SAM THAM

ANTARA lima artis yang dicalonkan bagi kategori Artis Mat Romeo, nama aktor Jehan Miskin turut disebut-sebut untuk memenangi kategori itu dalam majlis anugerah Parti HIP TV anjuran TV9.

Namun begitu, dia tidak merasakan gelaran itu layak untuk diberikan kepadanya berbanding pesaingnya yang lain.

“Saya rasa tak cukup romeo dan hanya tergelak apabila mendengar nama saya tercalon. Sebelum itu lagi saya sudah berasa lucu apabila mereka suruh ambil gambar untuk kategori Mat Maskulin atau Mat Romeo,” kata Jehan mengenai reaksinya berhubung pencalonan itu ketika sidang media Parti HIP TV di Sunway Pyramid, semalam.

Istilah mat romeo biasanya ditujukan kepada lelaki yang gemar memikat wanita atau bertukar-tukar teman wanita.

Namun, berlainan pula dengan Jehan yang menganggap romeo sesuai digelar kepada lelaki yang agak baik dan beradab tertib dengan wanita.

“Di Malaysia, ramai yang menganggap gelaran romeo itu berkonotasi negatif tetapi bagi saya, untuk Parti HIP TV ini tiada yang negatif kerana gelaran itu hanya untuk suka-suka,” beritahunya lagi.

Tambahnya, mungkin orang merasakan gelaran mat romeo sesuai untuknya kerana dia banyak kali melakonkan watak lelaki playboy dan cerita cinta.

Selain Jehan, empat nama lagi yang turut bertanding adalah pelakon Hans Isaac, Norman Hakim, Zed Zaidi dan Remy Ishak. Semua keputusan termasuk sembilan kategori lain seperti Artis Kiut Miut, Artis Bibir Seksi dan Artis Tak Harap Pada Muka akan diumumkan pada Khamis ini di Kelab Shah Alam.

Majlis itu akan dirakam dan disiarkan di TV9 pada 2 April ini, Jumaat selama 90 minit pada pukul 10 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan