Gwyneth Paltrow Sangkal Khabar Angin Tentang Perpindahannya Ke AS

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Gwyneth Paltrow telah menyangkal khabar angin yang mendakwanya berpindah ke New York, Amerika Syarikat bersama keluarganya. Sebaliknya, Paltrow menegaskan bahawa dia masih menetap di London.

Aktres kelahiran California itu mula berhijrah ke London selepas berkahwin dengan vokalis Coldplay, Chris Martin pada tahun 2003.

Baru-baru ini, gosip mengenai perpindahan semula Paltrow ke tanah airnya itu mula tersebar apabila aktres itu didakwa sudah tidak larat kerana sering berjauhan daripada keluarganya setiap kali terlibat dengan penggambaran filem di Amerika.

Bagaimanapun, Paltrow berkata mereka selesa tinggal di London.

"Saya tidak akan berpindah ke New York. Kami gembira tinggal di London kerana ia adalah satu tempat yang hebat untuk hidup berkeluarga," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Express.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan