Umie Aida Ke Venice Berbulan Madu

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERCINTA selepas berkahwin adalah satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata, kata pelakon jelita, Umie Aida, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.

"Umie membuat satu keputusan yang agak 'brutal' untuk berkahwin dulu sebelum bercinta dan ini ternyata memberi Umie ketenangan," jelas Umie ketika dihubungi mStar Online.

Bagi Umie, keindahan bercinta dengan suami yang disapa 'Abang' terlalu bermakna.

"Agaknya sebab itulah orang tua-tua suka dengan 'arangged marriage'. Selepas Umie sendiri melaluinya baru Umie tahu. Saya dan abang tidak pernah pun berdating sebelum berkahwin," kata aktres jelita yang masih mengekalkan sifat ramah dan merendah diri walaupun kini sudah bergelar 'Datin'.

Ketika rombongan Umie seramai 20 orang mengiringinya ke Mekah pada 11 Mac baru-baru ini untuk pernikahan bersejarah itu, dia sempat menunaikan sembahyang istikharah agar diberi petunjuk kepadanya.

"Umie bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan. Bagi Umie, itu sudah cukup membuat dada lapang dan tenang," kata ibu kepada dua anak angkat ini. Sekembali dari sana, Umie kini sibuk dengan persiapan untuk majlis resepsi yang akan berlangsung pada Ahad, 28 Mac ini di One World Hotel yang bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

"Kalau ikutkan hati Umie, malas nak sanding-sanding ni kerana yang afdhal sudah pun dilakukan," kata Umie yang akan mengenakan dua persalinan rekaan Jovian Mandage iaitu gaun putih dan kebaya warna merah chili untuk acara persandingan itu nanti.

Ditanya tentang bulan madu, Umie begitu teruja memberitahu destinasi pilihan suami ialah Venice dan menurut jangkaan ialah pada akhir bulan April.

"Kami akan berbulan madu bersama anak-anak saya dan abang. Itu sebab saya begitu excited hendak pergi bercuti bersama keluarga baru kami," jelas Umie yang gembira anak-anak sudah tidak janggal lagi memanggil suaminya 'ayah'.

Kebahagiaan yang sedang dikecapi Umie begitu ketara apabila setiap perbualan diselitkan dengan 'kehadiran' abang.

Menurut Umie, kemungkinan besar dia sudah bersedia untuk berhijrah ke alam baru iaitu memakai tudung selepas semua urusan seni yang tertunggak selesai.

"Umie tidak menolak kemungkinan akan 'berhijrah' ke arah itu. memang Umie ada niat untuk memakai tudung, insya Allah. Setiap orang inginkan kebaikan dan Umie pun begitu. Selepas berbincang, abang juga mengalakkan," kata pelakon handalan ini.

Saat ditanya berapa ramai anak yang dinginkan, Umie tanpa berselindung berkata, "seramai yang mungkin.

"Tapi memandangkan faktor usia yang tidka mengizinkan, kalau dapat seorang pun Umie dah bersyukur sangat," jelas Umie yang berusia 37 tahun itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan