Shila OIAM: Saya Selesa Dengan Fizow Omar!

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shila OIAM manis berambut pendek sesuai dengan usianya yang baru mencecah 20 tahun. - Foto oleh SAM THAM
Shila OIAM manis berambut pendek sesuai dengan usianya yang baru mencecah 20 tahun. - Foto oleh SAM THAM

SUDAH lebih setahun penyanyi Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 20, mengenali dan berkawan rapat dengan pelakon Fizow Omar.

Namun kini baru ada yang perasan hubungan akrab mereka berdua sehingga menganggap pasangan itu sedang berkongsi kasih.

Kedua-duanya mempunyai perangai yang hampir sama – gila-gila. Tambahan pula Shila akui dirinya lebih selesa berkawan lelaki berbanding perempuan.

Alasannya, lelaki lebih memahami jiwanya yang tidak suka ditikam dari belakang dan lebih telus.

Namun sebalik kisah tersebut, anak kepada selebriti terkenal, ND Lala itu hanya membiarkan hubungan itu berlaku tanpa meletakkan apa-apa sasaran.

“Saya dan Fizow selalu keluar bersama ditemani keluarga masing-masing. Kami saling mengenali keluarga antara satu sama lain dan sebab itu boleh menjadi rapat.

“Katakan kalau suatu hari nanti dia melamar saya, insya-Allah, saya akan pertimbangkan,” luah Shila sambil tertawa riang.

Riak wajahnya kelihatan ceria ketika berbicara tentang Fizow. Namun jangan ada yang salah anggap pula kerana Shila sendiri sudah mengaku status hubungan mereka setakat berkawan sahaja.

“Saya seronok berkawan dengan Fizow kerana dia merupakan lelaki yang mementingkan keluarga. Dalam seminggu boleh dikatakan sebanyak lima kali kami berjumpa. Tetapi dia tak pernah persoalkan sebab saya selalu membawa mak bersama,” ujarnya.

Walaupun masih terlalu awal menyelami hati sahabatnya itu, bagaimanapun Shila tidak menafikan lelaki berusia 25 tahun itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

“Dia seorang yang sangat baik, tidak kacak kerana saya tidak sukakan lelaki yang kacak, lebih tua dari saya dan pandai memasak terutama makanan Thai.

“Yang penting saya mahukan lelaki yang pandai mengambil hati keluarga saya kerana apabila seseorang itu berkahwin dengan pasangannya, dia perlu juga ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangannya juga.

“Kalau boleh memang saya nak elak berkahwin dengan artis tetapi saya tak mampu menolak jika sudah jodoh,” katanya yang menggelarkan Fizow sebagai Casper kerana lelaki itu suka tersenyum sehingga menaikkan tulang pipinya.

Penyanyi lagu Memori Tercipta itu juga telah berkira-kira untuk membuka kedai makan dengan Fizow di mana dia mempunyai kepakaran memasak makanan Melayu. Namun, diikutkan bukan Fizow sahaja yang berkawan dengan Shila kerana dia juga berkawan baik dengan penyanyi Dafi, ahli kumpulan Bunkface dan pemain gitar Hanafi (Estranged).

“Semua kawan lelaki saya mempunyai perangai yang sama iaitu gila-gila. Sejak di sekolah lagi saya lebih gemar berkawan dengan lelaki kerana mereka lebih memahami saya,” beritahunya yang turut berkawan dengan penyanyi Stacy.

Anak, bapa tercalon dalam Parti HIP TV

Dalam pada itu, Shila dan bapanya tercalon dalam majlis anugerah Parti HIP TV yang akan berlangsung pada Khamis ini di Kelab Shah Alam.

Shila tercalon bagi kategori Artis Melaram manakala ND Lala dicalonkan dalam kategori Artis Awet Muda.

“Saya dan bapa hanya tergelak apabila mendapat tahu tentang pencalonan itu. Ayah saya siap membeli sut untuk bergaya ala-ala Hollywood pada malam itu,” beritahunya yang turut fasih berbahasa Mandarin.

Selepas ini, dia mahu belajar bahasa Korea dan Jepun pula. Bayangkan, Shila berkata dia boleh mendalami bahasa asing dalam tempoh sebulan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan