Noniswara Tidak Menolak Jika Dikurniakan Anak

Diterbitkan: Rabu, 24 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noniswara akui bahagia di samping suami tercinta, Datuk Rosman Ridzwan
Noniswara akui bahagia di samping suami tercinta, Datuk Rosman Ridzwan

WALAUPUN pernah berdepan dengan kisah kontroversi mengenai suaminya yang dikatakan seorang kaki pukul tahun lepas, namun perkara itu tidak sesekali menggugat rumah tangganya.

Selepas melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua dalam hidupnya, Noniswara Baharudin mengakui dia kini bahagia di samping suami tercinta, Datuk Rosman Ridzwan, 52.

"Alhamdulliah, saya bahagia dengan suami. Selalu juga saya mengikutnya ke luar negara jika ada urusan berkaitan dengan kerjanya di sana.

"Kisah mengenai suami saya kaki pukul itu tidak pernah mengganggu hubungan kami berdua. Saya kenal sikap suami kerana dia seorang yang baik," ujar Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhd.

Selepas melayari kehidupan berumah tangga hampir lapan bulan lalu, pelakon filem Aku Masih Dara ini memberitahu dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak hasil perkahwinan mereka berdua.

"Suami tidak menghalang jika saya ingin melahirkan anak lagi, tapi saya juga kena fikir mengenai umur saya yang bukannya muda lagi.

"Tapi jika dapat anak lagi, saya anggap semuanya rezeki untuk kami berdua," kata Noniswara, 40.

Menurut Noniswara, walaupun dia dan suami mempunyai anak-anak hasil perkahwinan terdahulu, namun tidak menghalangnya untuk melahirkan anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami.

"Kalau ikutkan hati, saya teringin juga mempunyai anak dengan suami. Cuma saya kena berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk berbincang jika mahu mengandung kerana umur saya sudah 40 tahun.

"Saya takut jika ada risiko terhadap anak yang dikandung dan juga saya. Saya pun tidak terlalu mengharap sangat, memandangkan kami sudah mempunyai anak.

"Anak saya sendiri seramai tiga orang dan anak suami pula ada lima orang. Saya bergilir menjaga anak dengan bekas suami. Tapi anak suami hanya datang ke rumah kami semasa cuti sekolah kerana mereka belajar di luar negara," kata ibu kepada Naveer Mihshon Zakaria, 15, Nur Erysha Emyra, 10, dan Nazeer Danish, 3.

Menyedari dirinya yang menggalas tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pelakon, tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberikan buah tangan tebaru buat peminatnya untuk melihat dia kembali berlakon seperti dulu.

"Selepas saya berehat dalam dunia lakonan lebih kurang lima tahun dulu, saya rasa sunyi dan rindu dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Tetapi selepas menerima banyak tawaran berlakon, saya rasa seperti diri saya masih diperlukan dalam industri ini. Saya kembali berlakon semula baru tiga tahun.

Noniswara juga memberitahu dia kini tidak terfikir untuk berhenti daripada kerjayanya sebagai pelakon kerana begitu meminati bidang lakonan di samping mendapat sokongan daripada suami.

"Suami saya tidak halang untuk saya terus kekal dalam bidang ini. Dia sendiri banyak menyokong kerjaya saya.

"Cuma sekarang ini saya kurangkan sedikit dalam bidang lakonan kerana mahu tumpukan kepada rumah tangga.

Sementara itu, Noniswara turut mengakui dia menganggap anak-anak tirinya juga seperti anak kandungnya sendiri.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan