Shahril Terkilan Menjadi Peserta Pertama Tersingkir

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharil terkilan menjadi peserta pertama tersingkir AF8.
Sharil terkilan menjadi peserta pertama tersingkir AF8.

KONSERT pertama Akademi Fantasia (AF 8) cipta sejarah apabila berlaku penyingkiran peserta lelaki pertama Muhammed Shahril Mohs Saleh Hussein.

Penyingkiran Shahril yang diumumkan oleh Sarimah Ibrahim pada malam Tirai Debaran itu diiringi oleh tangisan pelajar-pelajar AF8 yang lain.

Shahril yang kelihatan tenang dengan keputusan tersebut bagaimanapun tidak dapat menahan dari mengalirkan air mata setelah dipeluk erat oleh peserta lain.

“Saya memang rasa terkilan dengan penyingkiran ini kerana belum dapat mempelajari banyak perkara daripada tenaga pengajar di sini.

“Memang saya akui susah untuk menyanyi sambil menari, tapi dengan adanya kawan-kawan dan tenaga pengajar, kini saya tidak lebih senang untuk melakukan kedua-duanya serentak,” ujar Shahril, 26.

Walaupun mempunyai pengalaman menjadi peserta dalam pusingan akhir Bintang RTM pada tahun 2007, namun Shahril mengakui dia masih memerlukan ilmu untuk terus berada dalam industri muzik.

“Saya pernah masuk Bintang RTM, tapi nasib tidak menyebelahi saya semasa di peringkat akhir.

“Hari ini juga perkara sama tetap berlaku, walau apa pun saya tetap redha kerana semuanya berdasarkan undian daripada peminat,” ujar jejaka dari Klang, Selangor itu.

Selain itu, Shahril turut memberitahu dia tidak sesekali mempunyai masalah untuk menyampaikan pelbagai genre lagu yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak kisah jika diberikan pelbagai jenis genre lagu, yang pastinya saya akan buat yang terbaik.

“Saya memang berminat dengan bidang nyanyian dan akan terus mencari tempat dalam bidang ini,” katanya yang pernah enam kali berusaha untuk memasuki Akademi Fantasia.

Manakala menurut pengetua AF8, Norman Abdul Halim semasa sidang media selepas Tirai Debaran, mengakui kuasa pemilihan dan undi datang daripada peminat dan mereka terpaksa akur dengan kehendak pengundi.

“Semuanya daripada pengundi, mereka layak memilih sesiapa sahaja untuk bergelar juara dan peserta yang akan disingkirkan.

“Saya memang tidak menyangka Shahril yang tersingkir kerana saya tidak nampak dia bermasalah untuk menyampaikan lagu,” kata Norman yang mengakui pakej bukan perkara utama perlu dinilai.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan