Robert Pattinson Tercabar Berlakon Adegan Seks

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR Robert Pattinson rasa tercabar ketika berlakon dalam beberapa adegan seks dengan aktres Emilie de Ravin menerusi filem Remember Me. Lantas, dia berasa kagum kepada pelakon porno.

Bintang filem Twilight itu berkata adegan ranjang depan kamera bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan pertolongan orang lain untuk nampak natural.

Tambahan pula ketika itu, sejumlah kru turut menyaksikan proses penggambaran filem itu.

”Oleh sebab itu, kita harus mengagumi pelakon porno. Mereka boleh melakukannya dengan baik,” ujar aktor berusia 23 tahun itu kepada Contact Music, kelmarin.

Robert mengaku sangat gugup ketika dirinya akan berlakon salah satu adegan ranjang dalam filem yang diarahkan oleh Allen Coulter itu. Bahkan, Allen juga harus menyediakan permainan seks yang lucu untuk menenangkan Robert.

Berbeza dengan Robert, Emilie merasa sangat tenang ketika melakukan adegan itu.

“Emilies sangat merasa tenang. Hanya saya yang merasa tidak tenang,” tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan