Fauzi Baadilah Tidak Bersedia Bercinta Lagi

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK bercerai dengan Senk Lotta, pelakon Fauzi Baadilah kini kembali berstatus bujang.

Fauzi mengakui bahawa dia kini menjalani kehidupannya dengan bebas tanpa memeikirkan orang lain dan tidak lagi membatasi dirinya untuk bergaul dengan mana-mana perempuan.

"Suasana setiap hari berbeza, kadang-kadang saya gembira, kadangkala saya sedih. Saya tidak mahu kehidupan diatur oleh orang," jelas Fauzi.

Perasaan patah hati yang dipendamnya, menjadikan Fauzi sebagai tanda aras untuk menghayati watak yang dilakonkannya.

"Saya suka gunakan unsur tersebut kalau ada masalah dan pasti saya akan simpan dan suatu masa nanti boleh jadikan sebagai petunjuk ketika menghayati watak," ujarnya.

Ketika ditanya tentang pencarian pasangan bagi mewarnai kehidupannya dan kriteria perempuan idamannya.

"Sekarang saya malas untuk fikirkannya, saya lebih senang bersendirian. Pada saya pemulihan saja sudah cukup dan proses perpisahan banyak membuang tenaga dan membuatkan emosi saya tidak stabil," terangnya

"Tentang perempuan idaman saya tidak pernah memberi kreteria yang saya mahukan. Saya hanya menerima takdir yang telah ditetapkan. Buat masa ini saya masih menghindarkan proses berkenalan dengan perempuan sebab ia sungguh menyakitkan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan