Brother Love, Jutawan Internet Bikin Album

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jutawan internet, Irfan Khairi, dan penyanyi 1990-an, Razzi Rahman tampil dengan album kolaborasi pertama mereka. - Foto oleh RAYMOND OOI
Jutawan internet, Irfan Khairi, dan penyanyi 1990-an, Razzi Rahman tampil dengan album kolaborasi pertama mereka. - Foto oleh RAYMOND OOI

BIARPUN sekadar suka-suka, jutawan internet, Irfan Khairi, 33, dan penyanyi 1990-an, Razzi Rahman, 40 tetap menganggap album kolaborasi pertama mereka berjudul Razzi Rahman Irfan Khairi adalah hasil buah tangan terbaik dari mereka.

Bermula dari perkenalan yang terjalin pada tahun 2006 lalu membuatkan mereka sering berkongsi minat yang sama terhadap muzik dan bergandingan menghasilkan album duet berjudul nama mereka sendiri.

Album sulung mereka ini membariskan tujuh buah lagu bertemakan kemanusiaan dan cinta yang mana telah siap pada 28 Disember lalu.

Menurut penyanyi lagu Syakila yang popular suatu masa dahulu, Razzi Rahman perkenalan dengan Irfan ketika menyertai seminar perniagaan yang dikendalikan oleh Irfan di sebuah hotel di Kuala Lumpur merapatkan hubungan mereka.

"Saya kenal Irfan ketika mula-mula menyertai seminar yang dianjurkannya dan sejak daripada itu juga saya sering membuat persembahan di seminar-seminar yang dianjurkan Irfan. Irfan pula pandai bermain gitar.

"Lagu pertama kami ialah berjudul Voice dan ia diterima dengan baik di Youtube, jadi kami ambil keputusan untuk buat album ini," jelasnya.

Album tersebut turut merakamkan beberapa lagu baru iaitu Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Selamanya dan Kekuatan. Selain lagu bahasa Inggeris berjudul voice dan lagu lama yang diberi nafas baru Syakila.

Selain itu juga, album terbitan Razzi Rahman Productions turut mendapat sentuhan daripada penggubah lagu dan komposer, Kyo.

Menurut Irfan pula, pertemuan dengan Razzi memberi satu cabang baru dalam hidupnya selain mengembangkan empayar bisnesnya. Walaupun sekadar memenuhi hobinya sahaja, Irfan tetap memberikan yang terbaik.

"Biarpun bukan secara serius menceburi bidang ini, saya tetap berikan yang terbaik. Saya memang suka bidang muzik dan apabila bertemu dengan Razzi saya dapat meluahkannya dalam bentuk album ini," jelanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Irfan atau nama sebenar Noor Irfan Khairi Noor Azmi mula menceburi perniagaan internet sejak 1999. Dia kini bertugas sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet.

Manakala Razzi Rahman kini aktif menulis dan menerbitkan buku motivasi bertemakan cinta, dia yang dikenali sebagai Brother Love turut menujukan lagu-lagu dalam album tersebut kepada peminat-peminatnya yang mengikuti perkembangan karyanya melalui laman web www.razzirahman.com.

"Album penuh kami belum berada dipasaran tetapi peminat boleh membelinya di melalui muat turun di laman web saya. Namun single pertama kami, Kerana, sudah masuk carta beberapa radio.

"Kami tunggu reaksi daripada pendengar dan berharap ia akan mendapat sambutan. Jika mereka menerima dengan lagu dan muzik yang kami bawa, kami akan cuba cipta lebih banyak lagu lagi," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan