Najwa Dambakan Album Sulung Sebelum Ke AS

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najwa dambakan kelahiran album sulung sebelum dia berlepas ke Amerika bagi menyambung baki pengajiannya dalam bidang muzik. - Foto oleh SAM THAM
Najwa dambakan kelahiran album sulung sebelum dia berlepas ke Amerika bagi menyambung baki pengajiannya dalam bidang muzik. - Foto oleh SAM THAM

BERMULA dengan kolaborasinya bersama bintang rap & hip hop, Malique menerusi lagu Kau Yang Punya hampir dua tahun lalu, nama Najwa kian meniti di bibir peminat dunia seni suara tanah air.

Jika dulunya, Najwa lebih sinonim dengan perjuangan muzik bebas atau indie, namun penampilannya dalam lagu tersebut terus membuka ruang buatnya untuk menangguk di arus perdana.

Menyoroti perkembangan karier, Najwa mengakui, dia mendambakan album penuh sulungnya diterbitkan secepat mungkin.

Seboleh-bolehnya, gadis berbintang Taurus ini ingin menghasilkan album penuh sebelum dia menyambung semula pengajian yang berbaki dua tahun lagi di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat hujung tahun ini.

"Saya harap dapat keluarkan album sebelum saya sambung belajar hujung tahun nanti. Perancangan ke arah itu sedang rancak dilakukan untuk merealisasikan impian saya.

"Bukan saya tergesa-gesa atau gopoh cuma ketika nama sedang bermain di bibir peminat, lebih baik saya gunakan peluang ini sepenuhnya dan hasilkan karya yang boleh diingati oleh peminat.

"Jika tunggu sehingga habis belajar baru hendak keluarkan album, mungkin masa itu nama saya sudah tak relevan pula. Maklumlah, selera peminat muzik hari ini cepat berubah," cerita Najwa yang bakal membuat persembahan di kelab jazz, No Black Tie pada 28 Mac ini jam 9 malam.

Untuk perancangan terdekat, Najwa yang telahpun menggubah kira-kira 10 buah lagu akan tampil dengan single pertamanya, Got To Go pada pertengahan tahun ini.

Lagu berbahasa Inggeris itu berkisar kepada lelaki yang mencurangi kekasihnya. Manakala, melodi yang dipertaruhkan pula menggabungkan elemen soul, R&B dan jazz, bersesuaian dengan kemampuan vokal Najwa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan