Ibu Harith Iskander Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 22 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir sebulan kehilanggan bapa tercinta, pelawak Harith Iskander terpaksa akur dengan pemergian ibunya, Farida Jane Musa, 84 yang meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Allahyarhamah yang menghidap sakit tua telah dimasukkan ke Hospital Pantai sejak seminggu lalu dan tidak sedarkan diri atau koma dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Ketika dihubungi, pengurus kepada Harith Iskander, Sue Hussin memberitahu jenazah Farida telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara bersebelahan pusara arwah bapanya, pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Harith sepatutnya pergi ke Universiti Sains Malaysia pada hari Jummat lalu namun terpaksa membatalkannya kerana keadaan ibu yang kritikal.

"Sejak Jumaat lalau Harith sudah diberitahu oleh Doktor tentang keadaan ibunya yang terlalu lemah dan tidak mampu bertahan lama. Dia menghabiskan sepanjang minggu ini untuk menjaga ibunya.

"Buat masa sekarang Harith masih lagi dalam keadaan sedih kerana baru sahaja kematian bapa yang belum pun sebulan, kini terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu tercinta pula," jelasnya. Arwah bapa dan ibu Harith, telah bercerai 20 tahun lalu dan kemudian bapanya berkahwin buat kali ketiga. Harith mengambil tanggungjawab menjaga ibunya selepas ibu bapanya bercerai.

Turut menghadiri upacara pengebumian ialah rakan-rakan artis seperti Maria Farida, Deanna Yusof, Hans Isaac, Afdlin Shauki dan ramai lagi bagi memberi penghormatan terakhir buat arwah ibunya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan