Untuk Jadi James Bond, Robbert Pattinson Tidak Kuat Lari

Diterbitkan: Ahad, 21 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUNGKIN buat semua aktor Inggris, salah satu prestasi terbaik dalam karier mereka adalah ketika terpilih menjadi pelakon watak James Bond.

Keinginan yang sama juga diungkapkan oleh Robert Pattinson walaupun dia menyadari bahawa dia mempunyai kelemahan untuk berlakon watak itu.

"Saya akan memainkan watak James Bond. Mungkin dalam beberapa tahun lagi. apa yang saya fikirkan?" kata Robert Pattinson ketika ditanya adakah dirinya tidak ingin membawa watak James Bond seperti Daniel Craig dan Pierce Brosnan.

"Jika saya ingin melakonkan watak itu, tentu banyak hal yang harus dipertimbangkan.

"Saya tidak boleh berlari dengan baik jadi mungkin itu adalah masalah saya kalau ingin memainkan watak James Bond," jelasnya seperti dipetik dari Splash News.

Walaupun mempunyai kelemahan tersendiri untuk memegang watak James Bond, aktor muda ini masih menerima banyak tawaran berlakon. Ditambah keinginannya untuk mengeluarkan album dalam waktu dekat ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan