Teratak Minang Angkat Budaya Minangkabau

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEATER Muzikal Teratak Minang yang bakal dipentaskan pada 16 hingga 18 April ini membawa suatu kisah yang cukup unik berkaitan budaya Minangkabau melintasi Selat Melaka.

Teater yang diterbitkan produksi Global Network Entertaiment Sdn Bhd, milik pelakon Den Wahab ini berbeza berbanding teater muzikal lain kerana produksi terpaksa turun padang mengembara mencari pelakon hingga ke Padang, Sumatera, Indonesia.

Darah Minang yang mengalir dalam tubuh Den begitu kuat sehingga dia sendiri terdorong menerbitkan teater yang bertujuan mengutip dana amal ke atas mangsa gempa bumi di Padang akhir tahun lalu.

"Cerita ini tercetus selepas berlakunya bencana alam di Padang, Indonesia pada akhir tahun lalu. Saya memberi proposal kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan ia diluluskan.

"Saya rasa terpanggil untuk membantu mereka sebab saya juga ada darah Minang yang mana saudara saya masih lagi ada yang tinggal di sana," jelasnya.

Namun begitu, Den berkata, teater muzikal Teratak Minang ini berkait rapat dengan kebudayaan, keselamatan dan pelancongan yang secara tidak langsung mengalakkan perlancongan dua hala negara.

"Saya mengambil kira isu membabitkan budaya yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini. Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada tiga faktor terbabit. Jadi langkah pemulihan perlu diambil untuk membaiki keadaan supaya hubungan yang keruh menjadi jernih.

"Melalui teater muzikal Teratak Minang ini saya harap dapat menjalinkan hubungan keselamatan dua negara yang bergolak dan terhindar daripada pergaduhan. Selain memberi peluang kepada pelancong asing mengenali budaya setiap negara.

"Generasi muda juga perlu didedahkan kepada budaya serumpun agar tidak pupus ditelan zaman. Ini dapat dilihat pada generasi hari ini yang lebih menjurus kepada teknologi maklumat dan internet daripada mempertahankan warisan budaya," katanya.

Menurut Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abd Wahab, atas kepercayaan tersebut pihaknya bersedia untuk mementaskan teater muzikal Teratak Minang.

"Dijangkakan kos penerbitan teater muzikal Teratak Minang ini mencecah RM1 juta. Jalan ceritanya mengisahkan percintaan anak muda dengan diselitkan banyak elemen positif. Ia mampu mengukuhkan jati diri dan bangsa.

"Bagi mendekatkan penonton dengan jalan cerita ini, ada babak yang mengimbau kembali berkisar pada detik indah percintaan antara Buyung dan Siti Norbaya. Namun disebabkan penghijrahannya mereka berpisah.

"Untuk ketahui kisah selanjutnya kena tonton teater muzikal Teratak Minang. Harga tiket untuk pementasan ini ialah RM30, RM50, RM70 dan RM100. ia akan mula dijual Mac ini," jelasnya.

Teater muzikal Teratak Minang ditulis dan diarahkan Lokman Ghani manakala Datuk Suhaimi Mohd Zin (Pak Ngah) selaku Pengarah Muzik. Katanya, idea untuk pementasan pula mula dibincangkan pada Disember lalu.

Apa yang menarik bagi menjayakan babak imbas kembali penggambaran dilakukan di sekitar Bukit Tinggi, Danau Maninjau, Kelok 44, Padang Panjang dan Rumah Gadang.

Durasi pementasan iaitu selama 1 jam 40 minit itu turut diserikan dengan alunan 20 lagu-lagu Minang popular alunan Eddy Silitongga, Elly Kassim, Ally Noor dan Mastura. Antaranya, Ayam Den Lapeh, Malam Bak Inai, Bugis Lamo dan Baralek Gadang.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan