Puff Diddy Ingin Jadi Pemilik Kelab Bola Sepak Crystal Palace - Berita Hiburan | mStar

Puff Diddy Ingin Jadi Pemilik Kelab Bola Sepak Crystal Palace

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG rap dan hip-hop terkenal Sean Combs atau lebih sinonim dengan gelaran Puff Diddy kini dilaporkan dalam proses perbincangan untuk mengambil alih kelab bola sepak Liga Inggeris, Crystal Palace yang berdepan kemelut kewangan.

Diddy dikatakan merancang untuk membida kelab itu dengan tawaran sebanyak $576 juta (£360 juta). Menurut wakil Diddy, penyanyi dan penerbit itu berminat untuk melabur pada kelab bola sepak dan menyenaraikan beberapa buah kelab pilihan. Namun, kelab dari selatan London itu lebih menarik perhatian Diddy kerana namanya.

Akhbar tabloid Britain Daily Mirror melaporkan, dek keterujaannya terhadap nama kelab itu, Diddy dilaporkan bersedia untuk membuat bidaan yang paling besar bagi merealisasikan keinginannya menjadi pemilik baru Crystal Palace.

Bagaimanapun, Diddy bukanlah bintang rap pertama yang berminat untuk memiliki kelab bola sepak. Sebelum ini, penyanyi Jay-Z pernah dilaporkan berminat untuk menjadi pemegang saham kelab Arsenal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan