'Kalimah Terakhir' Bantu Penonton Hayati 2 Alam

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SESIAPA yang menonton filem 2 Alam pasti akan meruntun dan tersentuh jiwa mereka apabila mendengar lagu keinsafan 'Kalimah Terakhir' yang dinyanyikan oleh Papa Rock, Ramli Sarip.

Lagu ini dan juga lagu Andai Ku Tahu, akan dibawa secara eksklusif dalam filem ini atas daya usaha penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr Rozmey Che Din.

Kedua buah lagu ini juga akan ditampilkan secara eksklusif dalam sebuah konsert mega di Johor Bharu bulan depan, dengan menampilkan lagenda rock lain seperti Amy Search dan Ella.

Konsert yang akan diberi nama 'Konsert Raksasa Ramli Sarip - 2 Alam' itu menyasarkan seramai 100 ribu pengunjung.

Konsep lagu ini adalah hasil cetusan idea daripada Dr Rozmey kerana ingin memberi penghayatan kepada penonton untuk merasai 2 Alam sebelum filem ini ditayangkan pada 8 Mei ini.

Menurut Dr Rozmey, konsert itu dijadual disiarkan menerusi stesen televisyen.

“Kepuasan penonton adalah diutamakan. Ini janji saya,” katanya.

Filem 2 Alam terbitan dR Movie Production bakal mencipta sejarah perfileman tanah air kerana filem berprofil tinggi ini menghidangkan aksi, dialog dan sinema grafik yang mampu memberi kepuasan mutlak kepada penonton.

Kata Dr Rozmey, ramai yang memberi maklum balas positif selepas tersiarnya promo filem 2 Alam di laman sosial beliau.

“Rata-rata mereka terkejut dan kagum akan kehebatan karya berkenaan yang mampu mengembalikan kilauan emas filem tanah air.

“Ini terbukti akan kualiti yang dihasilkan dR Movie Production kerana 2 Alam merupakan acuan bangsa Malaysia yang menjanjikan tiada pelakon tangkap muat, tiada aksi serta dialog yang tidak sampai,” ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan