Kalau Protege Saya Tak Bagus, Nama Saya Tidak Elok - Ziana Zain

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ziana mahu protegenya seorang yang berbakat dan mempunyai personaliti. Foto The Star Oleh SAM THAM
Ziana mahu protegenya seorang yang berbakat dan mempunyai personaliti. Foto The Star Oleh SAM THAM

SELEPAS selesai ujibakat Mentor pada 6 Mac lalu, Ziana Zain selaku mentor pertama dalam rancangan realiti televisyen itu telah memilih lima orang peserta untuk dinilai buat kali kedua.

Menurut Ziana, pemilihan akhir yang dilakukannya itu adalah untuk memastikan protegenya seseorang yang berbakat dan mempunyai personaliti yang baik.

"Sudah semestinya saya mahu cari seseorang yang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan saya.

"Jika protege saya tidak bagus, nama saya juga yang tidak elok," kata Ziana, 42.

Ziana yang diberi tanggungjawab oleh pihak Media Prima untuk menjadi mentor itu memberitahu dia akan pastikan protege didikannya itu tidak akan menghampakan dirinya dan rancangan tersebut.

"Semasa ujibakat, kita sudah pilih 10 orang, daripada jumlah itu kita pilih lagi lima yang terbaik. Daripada lima orang peserta itu, saya dapat lihat mereka mempunyai potensi dan berbakat.

"Hari ini saya akan pilih seorang peserta untuk bergelar protege saya. Walau apa pun, kita akan cari yang terbaik supaya hasilnya juga hebat," ujar Ziana yang sibuk dengan pementasan teater muzikal Gamat 2.

Walaupun rancangan Mentor bermatlamat untuk mencari pelapis baru dalam industri muzik, namun ibu kepada empat orang anak itu tetap menekankan mengenai disiplin selain bakat yang dimiliki bakal protegenya.

"Perkara pertama yang saya tekankan adalah mengenai disiplin, personaliti dan sikap terbuka untuk mendengar nasihat daripada mentornya sendiri. Saya tidak suka seseorang yang keras kepala, nanti susah saya mahu didiknya," kata Ziana yang tidak menafikan rupa peserta juga adalah antara aspek yang dinilainya selain bakat.

Selain itu, Ziana berkata dia tidak akan terlalu menaruh harapan yang tinggi untuk protegenya kerana bimbang tidak akan mencapai apa yang diimpinya.

"Saya tidak mahu terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi, takut nanti tidak dapat capai.

"Saya selaku mentor hanya akan lakukan yang terbaik untuk memberi petunjuk arah yang betul kepada protege saya," kata Ziana.

Sementara itu, pemilihan akhir untuk mencari protege kepada Ziana dimulai dengan peserta paling berumur iaitu Nur Azreen Rahim atau Lin, 25. Lin mendendangkan tiga buah lagu termasuk lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica.

Manakala peserta kedua pula pemilihan akhir itu seorang gadis bertudung, Syaifaana Mohamed Subri atau N, 24. Peserta ketiga pula Fify Emielia shazlin Ahmad Nurshaidi atau Fifi, 20.

Peserta kempat dan kelima ialah Nur Fazrah Bahari atau Faz, 23 tahun dan Ketty Natalia Rasul, 23 tahun.

Pemilihan akhir untuk mentor Ziana itu turut dibantu oleh penyanyi, penulis lirik dan komposer terkenal, Ajai selaku penilai untuk persembahan dan vokal peserta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan