Pengurusan Kes Jurey Saman Fitnah TV3 RM10 Juta Ditetapkan 25 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM10 juta penerbit drama televisyen terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan Melodi, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Jun ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Bernard Liew Kin Jong mewakili Jurey Latiff Mohd Rosli dan Ricky Wong bagi TV3.

Liew memberitahu wartawan bahawa mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak menyerahkan isu-isu yang dipersetujui dan ikatan nas undang-undang untuk dibicarakan kepada mahkamah.

Jurey Latiff yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dalam samannya yang difailkan pada 13 Januari 2009, mendakwa rancangan Melodi yang disiarkan di TV3 pada 21 Sept 2008 pada 12.30 tengah hari dengan pengacaranya Nas Ahmad telah menyiarkan perkataan fitnah mengenainya.

Menurutnya perkataan fitnah itu bermaksud beliau adalah seorang yang tidak bermoral, suami dan bapa yang tidak jujur dan tidak bermoral dan suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, mengabaikan isteri dan anak kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis sebaya dengan anak sulungnya. Jurey Latiff berkata perkataan fitnah itu adalah palsu dan disiarkan dengan niat jahat sehingga merosakkan reputasinya sebagai penerbit drama dan didedahkan kepada kebencian dan kehinaan.

Beliau memohon ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.

TV3 dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 10 Februari 2009 berkata perkataan itu disiarkan dalam keadaan perlindungan bersyarat.

Ia berkata sebagai penyiar awam, ia mempunyai kewajipan sosial dan moral untuk menerbitkan apa sahaja pengetahuan mengenai penerbit yang tidak jujur dan tidak bermoral bagi membolehkan orang awam mendapat pengetahuan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan