Katrina Kaif Bermesra Dengan SRK

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH RUKH KHAN dan Salman Khan mungkin berseteru. Namun begitu permusuhan mereka nampaknya tidak mempengaruhi Katrina Kaif, sebagai kekasih Salman.

Aktres ini tetap bersedia berhadapan dan beramah mesra dengan aktor terkenal Bollywood ini.

Ketika menghadiri pertandingan criket Eden Gardens, dimana pasukan milik SRK Kolkata Knight Riders bertanding melawan Bangalore Royal Challengers, Katrina kelihatan mesra berbual dengan Shah Rukh Khan.

Menurut sumber yang dipetik dari Apunkachoice, Aktres ini dilihat memberi pelukan kepada SRK dan mereka bercakap-cakap seperti dua orang teman yang rapat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan