Tahanan Reman Pelakon Edar Dadah Dilanjutkan

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON lelaki yang disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain dilanjutkan tahanan remannya setelah ditahan selama tujuh hari mulai 12 Mac lalu di Balai Polis Bukit Jalil.

Pada 12 Mac lalu, pelakon yang juga anak kepada aktres veteran terkenal itu ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis akan memohon lanjutan reman semaksimum yang boleh mengikut undang-undang.

“Kami akan memohon mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman yang diberikan sebelum ini mulai hari ini. Mungkin kita akan melanjutkan sehingga tujuh hari lagi,” katanya kepada mStar Online semalam.

Ditanya berhubung perkembangan siasatan setakat ini, Chez Chiang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh memberitahu semua maklumat. Setakat ini, pelakon itu memberikan kerjasama dan adakalanya tidak,” ujarnya.

Lelaki berusia awal 30-an itu ditahan bersama teman wanitanya berumur 24 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

Pada Sabtu lalu, Chez Chiang berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu.

"Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu. Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual," katanya.

Dalam pada itu, aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah itu.

Azean, 60, mendakwa, anaknya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun itu sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.’

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan