Siapa Bakal Juara Jaguh?

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DISEMBER lalu, TV9 telah mengadakan sesi ujibakat bagi mencari peserta cilik untuk menyertai program realiti sukan terbaru terbitan TV9 iaitu JAGUH.

Bersempena dengan kedatangan Piala Thomas tidak lama lagi, semangat badminton akan disemarakkan lagi dengan kedatangan program realiti badminton yang pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin di dunia.

Ini selaras dengan kedudukan sukan badminton merupakan sukan pilihan nombor satu rakyat Malaysia selain daripada bola sepak.Setelah uji bakat dan saringan diadakan pada bulan Disember yang lalu, akhirnya daripada beratus-ratus peserta yang mencuba nasib, hanya 8 peserta terbaik dipilih untuk menyertai pasukan JAGUH.

Menurut Puan Rozaina Zainul Abidin selaku Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, ”Rancangan ini julung-julung kali diadakan kerana medium TV adalah sesuai untuk mencungkil bakat kanak-kanak daripada peringkat akar umbi. Pada masa yang sama, ia memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai persediaan untuk menjadi seorang jaguh sukan badminton kerana ianya ditonton oleh seisi keluarga. Rancangan Jaguh akan bersiaran pada waktu perdana dan menampilkan bakat luar biasa 8 kanak-kanak dalam mengharungi cabaran untuk bergelar Jaguh badminton negara pada masa hadapan. Mereka yang telah mula menjalani latihan intensif sejak Disember lalu, akan berkampung selama seminggu sepanjang cuti persekolahan ini dan menjalani latihan pesat sepertimana yang dilalui oleh jaguh-jaguh badminton lain termasuklah Dato’ Lee Chong Wei yang baru sahaja bergelar Juara All England malam tadi.”

Selain latihan, pelbagai aksi dan babak menarik pasti muncul apabila semua bakat cilik ini disatukan dan berentap sesama sendiri dalam persaingan mereka untuk menjadi Jaguh. Para penonton TV9 akan dapat menyaksikan bagaimana adik-adik kita ini menyahut cabaran daripada program Jaguh 8 episod ini dan saksikan siapakah yang bakal tersingkir dan siapakah yang akan mara dalam setiap perlawanan hingga sampai ke peringkat akhir dan seterusnya bergelar Jaguh. Lapan peserta yang akan menyahut cabaran program realiti sukan JAGUH ini adalah : NO NAMA UMUR NEGERI 1 Muhammad Umar Al Qhatab Bin Mohammed Shaffie 12 Kuala Lumpur 2 Chia Wei Jie 10 Kuala Lumpur 3 Goh Ting Yu 11 Sabah 4 Muhammad Ariff B. Mohd Asaari 10 Kuala Lumpur 5 Muhammad Izzuddin 12 Selangor 6 Muhammad Syafiq Bin A. Sanusi 10 Melaka 7 Ahmad Shah Fuad B. Muhammad 12 Negeri Sembilan 8 Riyanda Kesuma B. Suherman 12 Selangor

Sepanjang seminggu yang penuh getir dan mendebarkan ini, semua peserta bakal menjalani latihan intensif daripada barisan jurulatih profesional yang diketuai oleh Kwan Yoke Meng (antara pemain perseorangan utama skuad badminton Malaysia yang memenangi Piala Thomas pada 1992) dan dibantu oleh tiga lagi jurulatih berpengalaman yang turut merupakan antara bekas para pemain badminton tanahair iaitu Mohd Salleh Suwandi, Abd Rani Bin Nasir dan Sambenthan A/L Sivaperumal. Kelapan-lapan peserta Jaguh akan ditempatkan di asrama Kementerian Belia dan Sukan Bukit Kiara dan akan menjalani latihan intensif di Dewan Badminton USJ23. Selain daripada Latihan Teknikal, pelbagai aspek lain seperti Disiplin, Sikap, Pemakanan, Ketahanan Mental & Fizikal akan menjadi elemen utama yang akan dapat kita saksikan – hanya dalam Jaguh! Juara JAGUH bakal membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan lain. Tempat Kedua - wang tunai RM2,000. Tempat Ketiga – wang tunai RM1,000. Tempat Keempat – wang tunai RM500. Tempat Kelima hingga Lapan – wang tunai RM300. Pemain Harapan – wang tunai RM1,000.

Biar pun, mereka masih lagi muda tetapi semangat dan dedikasi yang lahir di dalam diri mereka sudah cukup untuk mereka mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama tanah air kita suatu hari nanti.

Jaguh, rancangan realiti sukan pertama terbitan TV9 bersama penaja bersama Yonex ini diterajui oleh Penerbit Eksekutif Baskaran Krishnakutty, penebit Wahyu Nursubiyakto dan dihoskan oleh Ikhwan (Khairul Ikhwan Rosli) yang juga merupakan deejay popular Hotfm.

Jangan lupa meluangkan masa anda menonton Jaguh pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam bermula bermula 26 Mac 2010 ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan