‘Lagu Berduit’ Suria FM Semakin Rancak

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

“Lagu Berduit” di Suria FM kini memasuki minggu ke-tiga. Peraduan yang memberi peluang kepada pendengar Suria FM untuk memenangi sebahagian daripada RM75,000 kian mendapat sambutan hebat.

Jika pada minggu pertama dan kedua, nilai setiap lagu berduit RM 250, tetapi bermula minggu ketiga ((15 mac), hingga (28 Mac) ini, nilainya RM 500 tambah menarik, jika lagu yang diputarkan itu dalam versi nyanyian “Live”, RM5,000 akan menjadi milik pendengar

Sejak dimulakan pada 1 mac, seramai 32 orang telah berjaya memenangi RM250. Norsaadah Bte Mohamad Shafii dari Klang Selangor (24 tahun) yang bekerja sebagai Kerani Akaun menjadi pendengar bertuah pertama yang memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 ketika lagu Mila – Jika Kau ubah fikiran dinyanyikan dalam versi ‘Live’ pada minggu pertama..

Sementara itu, bagi minggu kedua, Norhisham bin Ahmad (35 tahun) juga dari Klang,Selangor, seorang Pengawal Keselamatan menjadi pendengar kedua memenagi RM 5000 diikuti Mazlina Bt Razali (39 tahun) dari Gombak,Selangor,seorang Pramugari (MAS) berjaya memenangi RM 5000 menerusi lagu versi ‘live’ nyanyian Faizal Tahir – Mahakarya Cinta

Fantasia Bulan Madu nyanyian Amy Search yang pernah menjadi kegilaan anak muda suatu ketika dahulu menjadi ‘Lagu Berduit’ Suria FM pada minggu ini. Versi ‘Live’ fantasia bulan madu menjanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM10,000 iaitu dua kali ganda dari jumlah yang ditawarkan sebelum ini.

Hari ini, Amy Search akan menjadi tetamu selebriti room bermula jam 7.30 pagi – 9.00 pagi bersama Halim Othman & Zizi. Adakah itu bermakna, wang tunai RM 10,000 bakal dimenangi?...teruskan mendengar Suria FM yang menjanjikan “Muzik Terbaik Tanpa Henti”. Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan