Ibu Miley Gilakan Teman Lelakinya

Diterbitkan: Khamis, 18 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES Miley Cyrus berkata bukan dia seorang saja yang tergila-gilakan teman lelakinya malah ibunya juga sangat sukakan Liam Hemsworth.

"Saya tak tahu samada saya atau ibu yang sukakan Liam.Pada mulanya mak saya pun sukakan Liam," jelas Cyrus kepada New York Daily News.

Cyrus, 17, mula berkenalan dengan jejaka berasal dari Australia, berusia 19 tahun, di set penggambaran filem Disney 'Last Song'.

Kata Cyrus, pada mulanya, saya langsung tidak menaruh harapan.

"Bagi saya Liam terlalu kacak dan saya tidak mahu bersama dengan orang yang lebih kacak dari saya. Ia akan menjadi janggal."

Ibu Cyrus, Tish, penerbit eksekutif, yang meyakinkan Cyrus untuk keluar bersama Liam.

Kata Cyrus, ibunya memuji-muji Liam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan