Lady Gaga Sertai Rancangan Glee - Berita Hiburan | mStar

Lady Gaga Sertai Rancangan Glee

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga bakal membintangi rancangan televisyen.
Lady Gaga bakal membintangi rancangan televisyen.

LADY Gaga adalah antara aktres yang bakal dijemput mengikuti rancangan televisyen Glee.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Poker Face itu, mengakui dia akan ikut serta rancangan yang memerlukannya menyanyi dan menari itu.

Menurut Ryan Murphy, selaku penerbit rancangan itu berkata, "kami menawarkan kepada lady Gaga, dan dia begitu berminat untuk menjadi sebahagian daripada rancangan itu. Peminatnya akan dapat menonton Lady Gaga untuk siri kali ini," katanya.

Murphy juga turut mengharapkan 10 buah lagu daripada penyanyi terkenal Madonna untuk dimasukkan dalam rancangan tersebut untuk episod Material Girl.

Antara aktres terkenal yang bakal diundang untuk rancangan tersebut ialah Jennifer Lopez dan Josh Groban.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan