Kate Winslet Dan Sam Mendes Berpisah

Diterbitkan: Rabu, 17 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah tangga Kate Winslet sekali lagi kecundang selepas tujuh tahun berkahwin dengan Sam Mendes.
Rumah tangga Kate Winslet sekali lagi kecundang selepas tujuh tahun berkahwin dengan Sam Mendes.

PEMENANG anugerah pelakon filem terbaik British, Kate Winslet dan suaminya pengarah filem, Sam Mendes telah berpisah selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangganya.

Pengumuman mengenai perpisahan mereka itu telah diumumkan oleh firma undang-undang London. Berita mengenai perpisahan mereka telah memberikan kejutan kerana pasangan tersebut sering digambarkan antara pasangan yang bahagia.

Winslet, 34 telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem British, Sam Mendes pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun. Selain itu, Winslet juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan pengarah filem Jim Threapleton.

"Kate dan Sam sedih untuk mengumumkan mengenai perpisahan mereka pada awal tahun ini," kata salah seorang pekerja firma undang-undang tersebut.

Winslet telah memulakan kariernya ketika masih remaja di televisyen BBC dan telah dilamar untuk berlakon dalam filem Titanic pada tahun 1997.

Tahun lepas, Winslet telah menerima anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem The Reader. Antara lain-lain filem yang dibintanginya ialah Enigma, Jude dan Hamlet.

Manakala Mendes, 44, merupakan penerima anugerah pengarah terbaik menerusi filem American Beauty pada tahun 2000. Menariknya, mereka berdua pernah bekerjasama untuk filem keempat arahan Mendes Revolutionary Road pada tahun 2008.

"Ia adalah pengalaman yang menarik kerana dapat bekerja dengan isteri saya," kata Mendes.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan