Raja Azmi Serahkan Nasib ... Dalam Botol Pada LPF

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Azmi tetap ceria walaupun nasib filemnya, ... Dalam Botol masih bergantung kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF)
Raja Azmi tetap ceria walaupun nasib filemnya, ... Dalam Botol masih bergantung kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF)

PELUANG menyaksikan versi ... Dalam Botol yang belum disunting di kediaman Raja Azmi, 50, baru-baru ini telah membuka ruang menyelami hati dan fikiran produser ini tentang filem terbarunya itu.

Belum pun filem itu sempat menjengah panggung, awal-awal lagi pelbagai kontroversi sudah menghimpit filem yang memaparkan kisah pertukaran jantina ini.

Bermula dengan episod Raja Azmi menghebahkan judulnya kepada umum, isu tema dan jalan cerita yang ‘panas’, pertukaran pengarah, masalah bajet hinggalah ke pencarian pelakon, ia terus sebati dengan kontroversi.

Nama pun filem Raja Azmi, jika tiada kontroversi bukan Raja Azmilah. Justeru, walaupun filem itu sudah siap penggambarannya dan kini berada dalam fasa akhir pasca-penerbitan, hasil kerja Raja Azmi masih mencongak nasib untuk berada di pawagam.

Jelas Raja Azmi, niat dan tujuannya menerbitkan filem itu hanya untuk berdakwah. Malah, sudah berkali-kali dia menegaskan kenyataan itu.

Walaupun harus akur dengan syarat pihak berwajib sehingga menjejaskan keaslian naskhah tulisannya itu, dia tetap menurut dan meminda karya itu agar buah tangan terbarunya mendapat restu untuk muncul di layar lebar.

“Walaupun pelbagai kontroversi melanda ... Dalam Botol sebelum ini, saya berharap agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini untuk tayangan kelak.

"Sebagai penerbit, pelbagai pindaan telah saya lakukan demi menghormati syarat dan kehendak pihak berwajib.

“Niat dan mesej saya hanya satu, iaitu untuk berdakwah. Bukannya saya suka-suka hendak buat filem yang mengagung-agungkan golongan itu (pondan dan gay) atau ingin meracuni minda penonton dengan filem sebegitu,” ujarnya.

Bercerita lanjut, isteri kepada jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek itu berkata, disebabkan oleh segala kontroversi yang timbul sebelum ini, dia sanggup mengubah skrip asal filem itu demi memenuhi tuntutan dan syarat yang ditetapkan oleh LPF dan Finas.

"Saya ingin penonton mendapat iktibar daripada filem ini, itu sahaja. Malah, apa jua yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengikut skrip yang sudah dipinda berkali-kali.

"Memandangkan skrip sudah diluluskan Finas, rasanya tiada sebab untuk filem ini digam atau berhadapan sebarang masalah nanti.

"Jika dilihat pada paparan visualnya, saya tidak nampak sebarang aksi atau babak yang keterlaluan pun.

"Tapi saya tidak tahulah jika mereka (LPF) masih merasakan ada adegan yang tidak elok juga dalam filem ini," katanya berseloroh.

Filem terbitan JAS Production Sdn Bhd ini berada dalam peringkat terakhir adunan bunyi menerusi teknik Studio Digital Mix Stage di Finas.

Jika filem lakonan Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid itu mendapat ‘lampu hijau’ daripada LPF, ia dijangka menemui penonton pada Julai depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan