Dolly Parton Buka Kedai Cenderamata - Berita Hiburan | mStar

Dolly Parton Buka Kedai Cenderamata

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IKON penyanyi muzik Country, Dolly Parton meluaskan empayar perniagaannya dengan membuka kedai pertama di kampung halamannya sendiri, di Tennessee, Amerika Syarikat.

Penyanyi berusia 64 tahun itu, yang juga seorang aktres dan usahawan meraikan pembukaan kedai pertamanya, 'Dolly Parton's Trinkets and Treasures', di Nashville dalam satu majlis potong riben merah jambu baru-baru ini.

Parton pernah membuka taman tema yang diberi nama, Dollywood, berdekatan Pigeon Ford pada 1961.

Kedai itu akan dipenuhi muzik dan DVD Parton, gitar edisi terhad dan pakaian.

Kata Dolly pada laman US magazine.com, "Ketika saya membesar di Smoky Mountains, setiap cenderamata adalah amat berharga bagi saya.

"Saya teruja melihat katalog kiriman. Saya inginkan semua barangan di dalam katalog tersebut," kata Parton.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan